إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ
"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka" Surah Ar-Ra’d - 11
PERUBAHAN. Ayat diatas sangat bersangkut-paut dengan satu konsep yang dinamakan perubahan. Manusia sentiasa menginginkan perubahan daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. Itu fitrah. Dari yang miskin, menginginkan untuk menjadi kaya. Dari yang jahil, menginginkan untuk menjadi 'alim dan bermacam-macam lagi bentuk perubahan. Dalam pelayaran merealisasikan perubahan tersebut, kadangnya kita terlalu mengharapkan perubahan itu, berlaku dengan sendirinya berbanding berusaha keras merealisasikannya. Jika itu benar, maka ayat ini seharusnya dianalisis untuk menyedarkan kita bahawa perubahan yang sebenar memerlukan tindakan daripada kita sebelum Allah mengubahnya dengan kuasaNYA.
Firman Allah yang lain:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
"wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah, Allah akan menolong kamu dan menetapkan kedudukanmu" Surah Muhammad - 7
Jika kita meneliti secara mendalam ayat ini, kita akan mendapati bahawa sebelum datangnya pertolongan Allah, kita terlebih dahulu harus bekerja keras menolong agama Allah. Walaupun sebenarnya Allah tidak memerlukan pertolongan kita untuk memenangkan agamaNYA, namun usaha kita menjadi salah satu asbab turunnya pertolongan Allah.
Jika dikaitkan dengan ayat ke 11 Surah Ar-Ra’d tadi, kita seharusnya memahami bahawa untuk mencapai sesuatu perubahan yang baik dan disertai dengan pertolongan Allah, kita terlebih dahulu harus berusaha ke arahnya dan tidak hanya menunggu bulan jatuh ke riba.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Frasa-frasa melayu ini cukup cantik dan cukup baik dalam menggambarkan kesungguhan kita untuk mencapai sesuatu secara serius. Usah kita hanya berkata-kata tentang perubahan dan mengharapkan sesuatu yang luar biasa terjadi tanpa diduga tanpa sebarang usaha yang kita lakukan.
Menjadi satu obligasi buat kita untuk bekerja keras jika inginkan satu perubahan. Perubahan yang bagaimana? Ya! Perubahan ke arah yang lebih baik. Dari sekularisme kepada Islam total. Dari kerajaan yang zalim, kepada kerajaan yang BERSIH dan ADIL. Itulah islah namanya. Selain itu, tidak terlepas juga dalam meningkatkan prestasi akademik, menggemilangkan generasi rabbani, meningkatkan kualiti hidup dan pendapatan, menambah tsaqafah dan macam-macam lagi.

Ingatlah sebuah hadith Nabi SAW yang mengatakan tentang seseorang yang mengatakan "umat hari ini telah rosak", padahal orang yang mengatakannya itulah yang paling rosak. Maka janganlah kita menjadi salah seorang daripadanya yang hanya duduk santai dan bercerita tentang kerosakan dan kebobrokan, sedangkan tiada usaha langsung untuk memperbaiki kerosakan tersebut.
Tidak ketinggalan juga Bulan Ramadhan yang bakal kita tempuhi tidak lama lagi. Bulan yang penuh dengan kemuliaan. Bulan yang dianjurkan Allah untuk umat Islam menggarab peluang menjalankan tugas mereka sebagai hamba Allah. Jika kita menjalankan tugas sebagai seorang hamba yang taat di bulan yang barakah ini, nescaya kita akan "grad" dari madrasah Ramadhan ini dengan transformasi dan perubahan yang hasanah insyaAllah. Tidak terlepas juga dibulan yang lain. Menjadi hamba Allah yang taat adalah anjuran buat kita di setiap detik.
Ya! Mengapa saya highlightkan perkataan hamba Allah disitu? Kerana dengan kita memahami apa erti sebenar perhambaan dan pengabdian, nescaya tidak akan ada saat mahupun detik yang berlalu, melainkan terlazimnya zikir dan ibadah kepadaNYA. Maka dengan mudahlah datangnya pertolongan Allah dalam setiap perubahan baik yang kita hajatkan.
PRU-13 juga kian menghampiri. Namun apakah perubahan kita pada PRU kali ini? Adakah kita masih mahu ditakuk yang lama? Saya yakin anda juga mengimpikan legasi kepimpinan yang BERSIH dan ADIL.
jadi, berubahlah demi masa depan negara!!!