Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mulai lupa diri.
Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain disitu. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang, hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.
Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya.
Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.
Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.
Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bertumbuk dengan
pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata, "Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi."
Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.
"Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu."
Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik yang lain.
Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba pendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.
"Hoi monyet... senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.
Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.
Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami."
"Selamatkan adik kami yang kelemasan."
Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul-mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kononnya tergempar itu.
Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.
Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan... Adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....
Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.
MAKSUD DISEBALIK FIGUR-FIGUR DIDALAM KISAH INI:
+ adik perempuan=
PALESTIN
+ adik lelaki=
IRAQ
+ abang-abang=
NEGARA ARAB YANG KAYA RAYA
+ adik-adik yang senyap=
NEGARA UMAT ISLAM YANG MAMBANGUN/MUNDUR
+ adik-adik yang berdarah muda=
GERAKAN-GERAKAN ISLAM
+ mesyuarat=
MESYUARAT OIC
+ bapa yang telah meninggal dunia=
KHALIFAH
+ adik lelaki=
IRAQ
+ abang-abang=
NEGARA ARAB YANG KAYA RAYA
+ adik-adik yang senyap=
NEGARA UMAT ISLAM YANG MAMBANGUN/MUNDUR
+ adik-adik yang berdarah muda=
GERAKAN-GERAKAN ISLAM
+ mesyuarat=
MESYUARAT OIC
+ bapa yang telah meninggal dunia=
KHALIFAH
Wallahu a'lam...
Assalamu`alaikum warahmatullah.
BalasPadamApabila membaca pada permulaan cerita,ana sudah agak mesej yang ingin dibawa.
Tengah2 baca, ada part yang membuatkan tiba2 ana tergelak. Maafkan ana.
Perkongsian yang menarik dan tertarik.
Jazakallahu khair.
Tapi, itulah realitinya.
Semoga kaum muslimin dan muslimat dapat bangkit untuk membela maruah saudara2 seagama dan yang paling penting menjaga kesucian agama Islam yang tercinta.
Moga dengan semangat jihad pemuda2 Islam dapat menggegarkan dunia suatu hari nanti, insyaAllah.
Hidup mulia atau MATI SYAHID!!
TAKBIR!!
Wallahu a'lam.
subhanallah ya akhi...
BalasPadamhebat cerpen ni..mmg kena dgn realiti skrg.
itulah hakikat nya dunia hari ni memerlukan glgn pemuda2 Islam yg akan bngkit mmprthnkn Islam..
mge kta sma2 trgolong dlm glgn pemuda trsebut..I.Allah
Takbir!!