Isnin, 10 Mei 2010

Sekarang Ni Musim Menembak Agaknya...(^_~)


Belum pon selesai kes polis tembak remaja 15 tahun, arwah adik Aminulrasyid, di Shah Alam, Selangor, kali ini kejadian sama berlaku di Seremban. Remaja berusia 17 tahun cedera parah di tembak oleh polis.


Dalam insiden pada pukul 3.30 pagi itu, mangsa Mohd. Azizi Aziz difahamkan ditembak kerana tidak mahu memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan oleh anggota polis kereta peronda.


Tembakan yang dilepaskan itu terkena bahagian perut Azizi hingga tembus ke usus besar menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Ja’afar(HTJ) kira-kira pukul 4 pagi.

Kejadian remaja ditembak ketika cuba melarikan diri daripada polis itu adalah kali kedua berlaku dalam tempoh dua minggu selepas Aminulrasyid Amzah, mati ditembak polis di Seksyen 11, Shah Alam pada pukul 2 pagi 26 April lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, siasatan awal mendapati anggota polis berkenaan telah mengarahkan Mohd. Azizi berhenti, namun mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan dia melepaskan satu das tembakan.

"Anggota polis yang melepaskan tembakan itu mendakwa dia melepaskan tembakan amaran sahaja tetapi ia dilakukan dalam keadaan kereta peronda yang bergerak laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya"

"Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mereka mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut," katanya di HTJ di sini semalam.

Wallahu a'lam sejauh mana kebenarannya. 'Ala kulli hal, konstabel polis tersebut telah digantung tugas dan ditahan setelah didakwa. Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun. Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

"Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

KESIMPULAN

Mungkin ini pengajaran buat kita. Saya kira, jika moral remaja mampu dibentuk dengan baik dan "output power system" dalam diri mereka juga dapat dijalankan dengan baik, insyaAllah perkara sebegini tidak akan berlaku. Saya berpendapat, kedua-dua pihak bersalah dalam kes ini. Sebabnya, apa yang berlaku mesti ada sebab dan musababnya.

JADI, BUAT KITA PARA DU'AT SEKALIAN, MARILAH KITA LAHIRKAN DAN PERKASAKAN FARDU MUSLIM YANG BAKAL MENERUSKAN EKSPEDISI PENDAKIAN KE PUNCAK GUNUNG KHILAFAH. PROSES PEMERKASAAN ITU SANGAT PERLU WAHAI DU'AT SEKALIAN.

"JANGAN BIARKAN MEREKA BERKAKI AYAM SEMASA MENDAKI GUNUNG KHILAFAH"

3 ulasan:

  1. CERITA DI KELAS DARJAH 1

    Cikgu : Murid-murid tersayang boleh cikgu nak tny sesuatu.
    Murid2 : Boleh Cikgu Muhyidin Yasin
    Cikgu : Sekarang musim apa di eropah?
    Murid2 : Musim Bunga cikgu.
    Cikgu : Bagus2. Kalau kat Australia musim apa?
    Murid2 : Penghujung musim luruh cikgu.
    Cikgu : Baguuus. Kalau di Malaysia musim apa?
    Murid2 : Musim tembak orang cikgu.
    Cikgu : Em?(....pembaca sambung sendirilah ye..)

    BalasPadam
  2. akk saye slh sorg dr doc yg rawat dia

    BalasPadam