Kemelut aqidah yang melanda umat Islam kini semakin parah. Kemudaratannya semakin tidak terbendung. Saya teringat kepada pesanan Rasulullah SAW kepada umat akhir zaman bahawa qiamat akan berlaku bilamana tiada lagi sebutan "ALLAH" di atas muka bumi. Bilamana semakin tua umur dunia dan semakin hampir dengan berlakunya qiamat, manusia akan semakin lupakan Allah dan akhirnya tiada kalimah Allah lagi yang terungkap.
Saya teringat, tahun lepas, bilamana mahkamah membuat keputusan bersalah keatas 6 orang yang didakwa menghina Sultan Perak, saya kembali teringat kepada apa yang pernah dipesan oleh para ulama' salafussoleh bahawa diantara tanda kerosakan aqidah adalah bilamana hak manusia dianggap lebih besar daripada hak Allah SWT, kepentingan manusia diutamakan sedangkan hukum Allah tidak diendahkan.
Bagi saya, tafsiran menghina itu perlu diperjelaskan dengan betul agar tidak berlaku salah faham. Menyatakan yang 'haq' adalah kewajipan setiap mukmin dan tidak boleh ditafsirkan sebagai menghina. Membantah tidak bererti penghinaan, lebih-lebih lagi jika bantahan dibuat terhadap perkara benar. Sabda Rasulullah SAW :
"Jihad yang paling utama adalah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim"
Pemerintah yang zalim adalah pemerintah yang menindas rakyat, meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya(seperti tidak berhukum dengan Kitabullah), serta merampas hak rakyat dengan jalan yang salah dan tidak benar. Maka membantah, membetulkan serta memberi peringatan terhadap golongan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menghina.
Lazimnya, sesuatu yang mahal harganya adalah kerana status, nilai, manfaat dan kegunaan benda tersebut, adalah sangat penting dan besar kegunaannya. Contohnya; emas lebih mahal dari perak kerana status emas yang tinggi serta penghasilannya yang amat rumit. Ikan haruan lebih mahal dari ikan kembung kerana nilai perubatan dan kesulitan untuk memperolehinya adalah amat payah berbanding kembong. Gaji seorang doktor lebih mahal dari gaji buruh kasar kerana kemahiran serta profesionalisme seorang doktor itu lebih diperlukan berbanding seorang buruh kasar dan sedikitnya bilangan doktor dalam masyarakat.
Hukum Allah SWT tentulah tiada nilaian dan bandingannya. Jawapan paling mudah adalah kerana ia datang dari Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:
"Menegakkan satu hukum dari hukum Allah SWT adalah terlebih baik dari turunnya hujan selama 40 hari membasahi bumi"
Namun apabila menghina Sultan dihukum dengan denda RM10,000 berbanding kesalahan zina yang didenda RM1300-RM3000, maka jelaslah dihadapan mata bahawa kesalahan itu lebih besar daripada melanggar perintah Allah SWT. Tambah-tambah pula, sekarang ni, isu penghalalan judi pula. Ish(3x)
Ayuh kita fikir-fikirkan...
YANG MANA SATU LEBIH MAHAL???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan