Sabtu, 29 Mei 2010

Yang Mana Satu Lebih Mahal???

Kemelut aqidah yang melanda umat Islam kini semakin parah. Kemudaratannya semakin tidak terbendung. Saya teringat kepada pesanan Rasulullah SAW kepada umat akhir zaman bahawa qiamat akan berlaku bilamana tiada lagi sebutan "ALLAH" di atas muka bumi. Bilamana semakin tua umur dunia dan semakin hampir dengan berlakunya qiamat, manusia akan semakin lupakan Allah dan akhirnya tiada kalimah Allah lagi yang terungkap.

Saya teringat, tahun lepas, bilamana mahkamah membuat keputusan bersalah keatas 6 orang yang didakwa menghina Sultan Perak, saya kembali teringat kepada apa yang pernah dipesan oleh para ulama' salafussoleh bahawa diantara tanda kerosakan aqidah adalah bilamana hak manusia dianggap lebih besar daripada hak Allah SWT, kepentingan manusia diutamakan sedangkan hukum Allah tidak diendahkan.

Bagi saya, tafsiran menghina itu perlu diperjelaskan dengan betul agar tidak berlaku salah faham. Menyatakan yang 'haq' adalah kewajipan setiap mukmin dan tidak boleh ditafsirkan sebagai menghina. Membantah tidak bererti penghinaan, lebih-lebih lagi jika bantahan dibuat terhadap perkara benar. Sabda Rasulullah SAW :

"Jihad yang paling utama adalah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim"

Pemerintah yang zalim adalah pemerintah yang menindas rakyat, meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya(seperti tidak berhukum dengan Kitabullah), serta merampas hak rakyat dengan jalan yang salah dan tidak benar. Maka membantah, membetulkan serta memberi peringatan terhadap golongan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menghina.


Lazimnya, sesuatu yang mahal harganya adalah kerana status, nilai, manfaat dan kegunaan benda tersebut, adalah sangat penting dan besar kegunaannya. Contohnya; emas lebih mahal dari perak kerana status emas yang tinggi serta penghasilannya yang amat rumit. Ikan haruan lebih mahal dari ikan kembung kerana nilai perubatan dan kesulitan untuk memperolehinya adalah amat payah berbanding kembong. Gaji seorang doktor lebih mahal dari gaji buruh kasar kerana kemahiran serta profesionalisme seorang doktor itu lebih diperlukan berbanding seorang buruh kasar dan sedikitnya bilangan doktor dalam masyarakat.

Hukum Allah SWT tentulah tiada nilaian dan bandingannya. Jawapan paling mudah adalah kerana ia datang dari Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:

"Menegakkan satu hukum dari hukum Allah SWT adalah terlebih baik dari turunnya hujan selama 40 hari membasahi bumi"

Namun apabila menghina Sultan dihukum dengan denda RM10,000 berbanding kesalahan zina yang didenda RM1300-RM3000, maka jelaslah dihadapan mata bahawa kesalahan itu lebih besar daripada melanggar perintah Allah SWT. Tambah-tambah pula, sekarang ni, isu penghalalan judi pula. Ish(3x)

Ayuh kita fikir-fikirkan...

YANG MANA SATU LEBIH MAHAL???

Isnin, 10 Mei 2010

Sekarang Ni Musim Menembak Agaknya...(^_~)


Belum pon selesai kes polis tembak remaja 15 tahun, arwah adik Aminulrasyid, di Shah Alam, Selangor, kali ini kejadian sama berlaku di Seremban. Remaja berusia 17 tahun cedera parah di tembak oleh polis.


Dalam insiden pada pukul 3.30 pagi itu, mangsa Mohd. Azizi Aziz difahamkan ditembak kerana tidak mahu memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan oleh anggota polis kereta peronda.


Tembakan yang dilepaskan itu terkena bahagian perut Azizi hingga tembus ke usus besar menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Ja’afar(HTJ) kira-kira pukul 4 pagi.

Kejadian remaja ditembak ketika cuba melarikan diri daripada polis itu adalah kali kedua berlaku dalam tempoh dua minggu selepas Aminulrasyid Amzah, mati ditembak polis di Seksyen 11, Shah Alam pada pukul 2 pagi 26 April lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, siasatan awal mendapati anggota polis berkenaan telah mengarahkan Mohd. Azizi berhenti, namun mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan dia melepaskan satu das tembakan.

"Anggota polis yang melepaskan tembakan itu mendakwa dia melepaskan tembakan amaran sahaja tetapi ia dilakukan dalam keadaan kereta peronda yang bergerak laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya"

"Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mereka mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut," katanya di HTJ di sini semalam.

Wallahu a'lam sejauh mana kebenarannya. 'Ala kulli hal, konstabel polis tersebut telah digantung tugas dan ditahan setelah didakwa. Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun. Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

"Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

KESIMPULAN

Mungkin ini pengajaran buat kita. Saya kira, jika moral remaja mampu dibentuk dengan baik dan "output power system" dalam diri mereka juga dapat dijalankan dengan baik, insyaAllah perkara sebegini tidak akan berlaku. Saya berpendapat, kedua-dua pihak bersalah dalam kes ini. Sebabnya, apa yang berlaku mesti ada sebab dan musababnya.

JADI, BUAT KITA PARA DU'AT SEKALIAN, MARILAH KITA LAHIRKAN DAN PERKASAKAN FARDU MUSLIM YANG BAKAL MENERUSKAN EKSPEDISI PENDAKIAN KE PUNCAK GUNUNG KHILAFAH. PROSES PEMERKASAAN ITU SANGAT PERLU WAHAI DU'AT SEKALIAN.

"JANGAN BIARKAN MEREKA BERKAKI AYAM SEMASA MENDAKI GUNUNG KHILAFAH"

Ketangkasan Gambar Mempersembahkan "PENCAK"nya

Alhamdulillah dapat dan selamat juga sampai ke rumah tepat jam 6.45 petang tadi. Syukur dapat melihat wajah ibu dan ayah tersayang disamping adik bongsu yang bakal menduduki PMR pada tahun ini. Abang saya pula terpaksa pulang ke kampus untuk meneruskan short semester. 'Ala kulli hal, posting kali ini, ringkas, dan saya nak ajak sahabat-sahabat menyelami gambar-gambar yang saya sertakan dibawah. Kali ini, saya ingin memberi peluang kepada GAMBAR pula untuk "BERPENCAK". Dipersilakan...





SEMOGA BEROLEH MANFAAT

Selasa, 4 Mei 2010

Jundullah:It's Time For Action

Fajar tiba. Tatkala matahari meninggi dan cahaya menyuluh sinar, kengerian yang telah berlaku mula menonjolkan kehodohan wajahnya. Dimana dulu tegak berdirinya bangunan, kini hanya tinggal sisa runtuhan. Dimana dulu terdengar jerit-pekik anak kecil bermain mengisi ruang, kini sunyi sepi. Dimana dulunya tempat anak muda bercampur gaul, kini berselerak dengan mayat-mayat yang membusuk. Jalanan kini kosong, hanya selamat untuk simati dan pembunuh mereka.

Beberapa minggu yang lepas telah menyaksikan jenayah yang amat dahsyat dilakukan terhadap manusia, namun demikian dunia hanya “duduk dan lihat”, dengan sedikit kutukan, tapi itu saja. Dunia duduk berdiam diri dan memerhatikan ketika rumah-rumah Palestin diratakan oleh “bulldozer”, bila lelaki-lelaki tanpa mengira umur atau keupayaan dilabel sebagai “pengganas (terrorist)” dan ringkasnya samada dibunuh, dibawa pergi tanpa diketahui hidup matinya, atau dijadikan perisai manusia, bila kanak kanak yang “berani” melanggar perintah berkurung hanya untuk membeli roti untuk makan ditembak, dimana air lembah terpaksa diminum kerana tiada air bersih yang boleh didapati, dimana hospital dan ambulans menjadi sasaran latihan tembakan, dimana ibu-ibu mengandung terpaksa melahirkan anak di pos-pos kawalan, dimana simati dihalang dari dikebumikan. Kelakuan zalim ini telah menunjukkan pada dunia yang Yahudi tidak cukup dengan menyeksa rakyat Palestin, kematian mereka juga dihina.

Bagi kebanyakan kita, kekejaman di Palestin tak lebih dari drama bersiri yang kita tonton setiap hari untuk perkembangan terkini, mengikuti cerita terkini untuk menyedapkan hati kita, “sekurang kurangnya kami prihatin”. Tetapi ada setengah dari kita yang pergi lebih jauh dan melakukan sesuatu, samada berdemo, menghantar bantahan atau pemulauan (boikot) barangan Yahudi: Bagaimanapun secara jujur ianya tidak setimpal untuk luka yang amat parah. Dan kemudian ada pula yang mengambil langkah lebih berani, dimana mereka menyedari mereka harus menyerahkan hak mereka yang amat berharga, lebih berharga dari wang dan status, iaitu darah mereka. Mereka adalah sebilangan kecil dari yang golongan yang amat kecil.

Mengulang sejarah Bosnia, kejadian perempuan tua berkerusi roda yang terperangkap ditengah medan peperangan sedang tentera IDF (Pasukan Bersenjata Israel) hanya memerhatikan dan menggelakkan beliau dengan keadaannya yang tiada upaya dan bangga dengan kekuasaan mereka, kemudian ada pula kejadian ibu-ibu yang terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka dengan melanggar perintah berkurung kerana mereka tiada susu untuk diberi kepada bayi mereka, atau kejadian warga tua yang dipaksa berjalan dihadapan kereta kebal Yahudi... Semua cerita ini bukan dogengan dari penindasan zaman silam, sesuatu dari zaman batu dimana manusia adalah zalim, tidak, ini adalah kisah benar kejadian kekejaman yang berlaku terhadap saudara dan saudari kita di Palestine dimana mereka diseksa oleh Yahudi. Ini, Orde Dunia Baru(New World Order). Bagaimanapun umat Islam tidak akan melupakan cerita-cerita ini, ianya akan menghidupkan api dimana, dengan bantuan Allah S.W.T, akan menghancurkan Yahudi.


Kekuatan berjuta? Mereka dengan lantangnya memanggil kita BANGSA PENGECUT YANG BILANGANYA BERJUTA. Dulu mereka hanya berani berbisik sesama mereka, tapi kini mereka mengucapkanya secara terang terangan, umat Islam tidak akan melakukan apa-apa untuk membantu saudara mereka. Sesungguhnya bukti-bukti yang menyokong mereka amat jelas, seperti sewaktu bermulanya perang Afghanistan dimana umat Islam membantah dengan keras, tapi mereka tetap berani membunuh saudara saudari kita dibulan Ramadhan sedang kita hanya duduk dan memerhatikannya dari jauh tanpa melakukan apa-apa. Tanya diri anda kenapa mereka amat yakin?

Lihat keluar tingkap anda, aman bukan? Sekarang cuba bayangkan Helikopter Apache dan Jet Pejuang F-16 buatan USA berlegar-legar diruang udara anda, dan mula menyerang satu demi satu, roket dilancarkan tak henti-henti ke bandar anda, rumah anda dan kepada keluarga anda. Inilah yang berlaku secara terperinci di Palestin. Mereka mengatakan ini Peperangan Menentang Keganasan, tidak melibatkan orang awam, sungguh lucu, saya tak tahu lah kalau roket boleh membezakan diantara anak dan ayah, memang lucu, tak tahu lah kalau roket dapat membezakan antara ibu dan anaknya. Nyata yang saya kurang pengetahuan hingga terlepas fakta ini, sungguh tak bertamadunnya saya.

Bila anda tidur malam nanti, lihat sekeliling rumah anda, indah bukan? Kemudian fikirkan seorang ibu tua yang mana pada satu masa sedang duduk dirumahnya yang lebih kurang seperti rumah anda dan saya, dengan sekelip mata dia mendapati dirinya telah terperangkap didalam runtuhan rumahnya. Ibu tua ini telah ditimbus hidup-hidup oleh bulldozer Israel yang menghancurkan apa saja di jalanan. Bayangkan dalam kegelapan itu apa yang beliau rasakan dengan keadaan yang tehimpit dengan segala runtuhan, menjerit tapi tiada balasan, menangis tapi tiada apa yang dapat membujuknya, maka terbaringlah beliau disitu, tidak tahu yang yang mana akan membunuhnya dulu, kelaparan atau sesak nafas. Dengan tiba-tiba beliau telah diselamatkan oleh anak-anak Palestin. Bayangkan betapa gembiranya beliau. Kemudian beliau dibawa ke hospital hanya utuk diberitahu bahwa lapan ahli keluarganya telah dibunuh.

Mangsa pembunuhan IDF amat banyak dan berbagai. Ambil contoh Sami Abda yang tinggal di Bethelehem, tapi kini menjadi tawanan IDF. Dia berada dirumahnya ketika IDF mula menembak walaupun mereka telah diberitahu yang wanita dan kanak kanak ada didalam, tapi apa yang mereka peduli? Kemudian tanpa dapat dielak ibu dan abang Sami telah terkena tembakan dihadapan beliau, didepan matanya. “Jika ini berlaku pada kamu, apa yang akan kamu lakukan?” “Apa yang akan kamu lakukan?” Sami bertanya.

Sami berkata: “Mereka telah menembak ibuku, Sumaya dan abangku, Jacoub. Ibuku berusia 64 tahun dan abangku 37 tahun. Mereka berdua jatuh kelantai. Saya menjerit memanggil semua orang supaya dapat membawa mereka berdua ke hospital. Tapi tiada siapa membantu kami. Mereka dalam keadaan nazak. Bila ambulans sampai, seorang pegawai tentera Israel tidak mengizinkan mereka masuk ke kawasan jalan kami. Jadi selama 30 jam, kami harus hidup dengan mayat mereka. Anak-anak kami terpaksa kami masukkan kedalam bilik air supaya mereka tidak dapat melihat mayat. Tolonglah kami”.

“Ibuku lari untuk mendapatkan bantuan. Seorang tentera telah menembak beliau dikepala”. Kes beliau bukan kes yang asing. Di Jenin, bandar penyembelihan berlaku, Abdullah Washai melihat abangnya yang berusia 17 tahun terbaring di lengannya, luka berdarah hingga mati setelah ditembak oleh helikopter yang dibuat dan dibayar oleh USA. Emaknya tidak sanggup melihat anaknya yang telah beliau kandungkan, anaknya yang telah beliau suapkan sewaktu anaknya belum pandai menyuap sendiri, anaknya yang beliau mandikan sewaktu anaknya masih kecil, beliau tidak sanggup hanya berdiri dan melihat anaknya mati. Seperti seorang pahlawan yang berani, beliau lari keluar kejalan, tanpa memperdulikan keselamatan beliau untuk meminta bantuan, tapi tiada siapa yang datang. Hanya peluru dari pengganas Yahudi menembusi kepala beliau.

Jadi tolonglah beritahu pada anak-anak kecil di Jenin yang terpaksa minum air lembah kerana tiada air bersih boleh diperolehi, yang sedang teresak-esak kerana ibu mereka dibawa pergi manakala ayah mereka telah dibunuh, beritahu mereka jangan risau kerana bantahan akan datang, beritahu mereka jangan risau kerana anda telah menghadiri demonstrasi dan begitu yang lain diserata dunia tetapi kemudian anda kembali pada kehidupan harian anda, beritahu mereka jangan risau kerana anda telah menulis kepada Ahli Parlimen anda dan mereka bersedih kerana ramai yang telah mati. Beritahu mereka jangan risau kerana bila anda telah tamat belajar anda akan berjaya dan dihargai oleh masyarakat dan bila anda bercakap orang akan mendengar. Tapi anak anak itu berkata kami memerlukan kamu sekarang.

Dan sementara kamu berlengah, teragak agak, memikirkan, tentang betapa bergunanya kepada Islam apabila anda telah menjadi seorang doktor, atau sebagai peguam, atau sebagai banker, semasa anda sedang sibuk berfikir tentang keduniaan ini, kereta kebal Israel sedang sibuk menjalar di jalanan Palestin, bulldozer Israel tanpa belas ihsannya menghancurkan rumah rakyat Palestin, menguburkan ahli keluarga hidup-hidup, tentera Israel menyembelih saudara dan saudari kita yang tidak bersalah, dan sementara kita berlengah lengah, seorang lagi Ayesha menangis meminta tolong kepada abang dan saudaranya untuk datang membantu dan membantu beliau sekarang. Tetapi beliau berhenti menangis, kerana beliau sedar yang saudara-saudara seIslam lebih cintakan dunia dan takut mati. Dan kemudian anda termenung sejenak untuk memikirkannya, dan anda rasa sedih seketika, tetapi kemudian anda kembali menonton TV sambil menangkat bahu dan berkata sendiri “apa yang aku boleh buat?”

Tidurlah senyenyaknya malam ini, semoga tangisan Jenin akan bergema di hati anda semua.

Semoga Allah mengampunkan kita kerana mengizinkan saudara dan saudari kita disembelih,
Semoga Allah mengampunkan kita kerana berdiam diri ketika ayah-ayah kita disembelih,
Semoga Allah mengampunkan kita kerana mengizinkan ibu-ibu kita disembelih, dan
Semoga Allah mengampunkan kita kerana mengizinkan anak-anak kita disembelih.

Tiada lagi tangisan. Semoga dinding-dinding ini menjadi saksi pada tangisan membara terakhir yang meleleh dimukaku, tiada lagi tangisan, masa untuk bertindak terpulang kepada kita.

"MATI HANYA SEKALI, JADI MENGAPA TIDAK MATI UNTUK ALLAH?"

Khamis, 22 April 2010

Hentikan Penyelewengan Ini...

"Di sana ada lagi satu penyelewengan yang boleh menjauhkan kita dari jalan yang sihat iaitu kita memandang ringan terhadap proses tarbiah, pembentukan dan perlunya beriltizam dengan ajaran Islam dalam membentuk dasar dan asas yang teguh. Lantas kita seolah-olah melatah lalu menggunakan cara dan uslub politik menurut sikap dan telatah parti-parti politik. Kita akan mudah terpedaya dengan kuantiti anggota yang kita ambil yang dianggap menguntungkan tanpa mewujudkan iltizam tarbiah. Ini adalah satu jalan dan cara yang sangat merbahaya yang tidak dipercayai akibatnya. Ini mungkin menyediakan anasir yang kukuh yang mampu memikul hasil kemenangan, kekukuhan dan kekuasaan untuk Islam.

Sebenarnya kita tidak kekurangan kuantiti, tetapi kita kekurangan kualiti. Kita kekurangan bentuk dan contoh Islan yang kuat imannya yang membulatkan dirinya untuk dakwah, rela berkorban pada jalan dakwah dan jihad fi-sabilillah dan yang sentiasa istiqamah hinggalah bertemu Tuhannya. Oleh kerana itu marilah kita beriltizam dengan tarbiah dan janganlah kita redha menukarkannya dengan cara yang lain."

Sheikh Musthofa Masyhur(Mantan Murshid 'Am Ikhwanul Muslimin)

Saya pernah berucap kepada beberapa orang pemuda di hadapan saya bahawa antara penyelewengan terbesar di dalam sebuah gerakan Islam, bilamana, diletakkan politik di hadapan tarbiyyah. Hilang agenda tarbiyyah dalam gerak kerja parti dan jamaah. Tidak sepatutnya gerak kerja parti dipisahkan dari tarbiyyah. Hatta bila berpolitik sekalipun, ia adalah satu proses tarbiyyah kepada kita. Dalam isu muzakarah, nampak sangat Allah mahu mentarbiyyah dan menguji kita.


Dalam gerakan Islam, proses pemeliharaan Allah terhadap perjuangan menegakkan agama pasti berlaku. Dalam masa yang sama, proses penapisan juga berlaku. Allah SWT pasti akan membersihkan perjuangan ini dari jiwa-jiwa yang tidak ikhlas. Mereka yang mempunyai matlamat duniawi dan agenda peribadi dalam perjuangan tidak layak duduk dalam perjuangan Islam. Bila Tuan Guru Presiden mengambil keputusan bertemu Pak Lah, ada orang kata Tuan Guru Presiden dan sebahagian pimpinan PAS sudah tertarik dan terpedaya dengan tawaran duniawi Pak Lah. Sebenarnya kita akan melihat siapa yang sebenarnya yang tertarik dengan tawaran duniawi tersebut dan akan dinyahkan oleh Allah SWT dari perjuangan suci ini.

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya”
(Surah Al Hijr:9)

Kefahaman terhadap nas di atas ialah Al Quran akan dipelihara Allah selama-lamanya. Termasuk dalam maksud pemeliharaan Allah SWT terhadap Al Quran ialah Allah akan memelihara orang-orang yang berjuang menegakkan Al Quran sebagai hukum dan mengangkat kemuliaan Al Quran ditempatnya. Termasuklah jua kumpulan manusia atau jamaah yang berjuang menegakkan hukum Al Quran, mereka akan dipelihara oleh Allah SWT dari segala kejahatan dan unsur-unsur yang tidak baik.

Antara kaedah Allah memelihara perjuangan Islam adalah dengan cara, Allah menurunkan ujian, Allah jadikan halangan serta kepayahan menghiasi dan menjadi latar belakang kepada perjuangan suci ini. Dengan sendirinya, ,mereka yang ikhlas dalam perjuangan akan terus istiqamah dengan rahmat Allah SWT dan mereka yang punya niat yang jahat dan kotor tidak akan punya daya ketahanan dan akhirnya akan memilih jalan lain, yang jauh lebih senang berbanding jalan perjuangan ini. Maka berlakulah tapisan Allah SWT terhadap hamba-hambaNYA yang beriman.

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan(baik buruknya) hal ehwalmu”(Surah Muhammad:31)

Kalau tarbiyyah tidak dijadikan asas dalam perjuangan, mana mungkin akan terbitnya daya tahan dalam berhadapan dengan ujian Allah SWT. Jangan saudara bayangkan bahawa hanya dikatakan ujian itu ialah bila dipenjarakan, diseksa, dipulau dan sebagainya. Itu semua tidak kita nafikan. Namun terkadang kita lupa bahawa ujian Allah itu boleh berlaku dalam perkara yang kita tidak sangka. Ujian emosi dan perasaan juga boleh berlaku. Rasa mahu berkuasa, mahu cepat jadi ketua, gila pengaruh, mahu menonjolkan diri untuk cepat diiktiraf dan pelbagai lagi.

Dalam usrah kita bincangkan teladan hebat Saiyyiduna Khalid Al Walid yang meneruskan perjuangan hingga selesai walau menerima surat pelucutan jawatan dari khalifah. Betapa beliau mengenepikan perasaan dan emosi demi memastikan kejayaan jihad. Namun bila ujian yang sama menimpa kita, belum tentu kita dapat mengambil langkah seperti Saifullah al Maslul Khalid al Walid.

Di sinilah letaknya kepentingan tarbiyyah yang menjadi tunjang kepada setiap gerak kerja kita sebagai ahli gerakan Islam. Menjadikan anggotanya sentiasa segar dan teguh pendirian dalam setiap perkara dan keadaan. Memburu kemuliaan kemenangan dan syahid di medan juang, itulah cita-cita dan harapan.

Isnin, 19 April 2010

Erti Persahabatan, Pada Perjuangan

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
kecuali diri sendiri...
tetapi… dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana…
mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat, begitulah juga dia...
tetapi kita sering terlupa akan hal itu...

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita,
kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya,
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati...
kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita...
waktu itu, terfikirkah kita perasaannya...?
seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa... tetapi kita sering terlupa...

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami...
yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya...
dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan kita...
harapan dan impian juga kita luahkan...
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga...
kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita...
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita...

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah...?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita...
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat...
Kerana dia juga seorang manusia,
dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa,
dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat...

Sebagai kekuatan,
jadilah kita sahabatnya itu...
kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.
Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan...
Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu satu kekalutan...
Kita tidak tahu...
Tetapi... jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu...

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA


"satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan"

"orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik"

Rabu, 14 April 2010

Hari Ini & Selamanya Untuk Islam

Setelah kejatuhan empayar Islam Uthmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.

Ramai dikalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan pembela kebenaran, akan dihina dan ditindas.

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap dan harus diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya.

Firman Allah Taala:

"Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai"
(At-Taubah:32)

Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.

Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah SAW, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.


Begitu juga semasa di dalam peperangan Al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah SAW, mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.

Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW kepada mereka.

FAJAR MENYINSING

Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali percaya terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah, bahawa golongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'.

Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada akan kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.

Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelusuk alam telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikr, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.

KEKUATAN YANG DIMILIKI MUSLIMIN

Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islamiah yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah, menjadi panduan kepada muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih'(panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.

Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.

Pertama: Kekuatan Kuantiti

Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya disyukuri. Sepertimana firman Allah SWT:

"Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak…"
(Surah Al-A'raf-86)

Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India:

"Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."

Kedua: Hasil Bumi


Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.

Ketiga: Manhaj Rabbani

Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lamanya. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.

SIKAP KITA

Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.

Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.

Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.

Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya:

"Impikanlah" Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah"

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam dimuka bumi ini.