Selasa, 29 Jun 2010

Segalanya Bermula Dari Hati...

Kali ini, terasa ingin merungkai satu peristiwa agung, iaitu Isra’ wal Mi’raj yang berlaku ke atas Baginda Rasulullah SAW dan saya kira, ianya mampu menjadi salah satu indikator yang terbaik untuk menjadikan kita terasa begitu kerdil di hadapan Allah SWT. Masih banyak yang belum diterokai dari ilmu Allah yang Maha Luas dan sudah tentu tidak ada daya dan upaya bagi menusia kerdil seperti kita ini, untuk menjangkau kehebatan dan keluasan ilmu Allah SWT kecuali mereka-mereka yang dipilih oleh Allah untuk didedahkan sebahagian kecil darinya.

Sungguh benarlah bahawa permulaan perjalanan menuju Allah SWT harus bermula dengan kebersihan dan kejernihan hati. Inilah titik bidayah kepada jalan menuju keredhaan Allah yang abadi di akhirat. Menurut al Imam Ibni Abi Jamrah, pendapat yang rajah ialah Nabi SAW dibelah dadanya 4 kali. Pertama; ketika Baginda masih kecil di dalam pemeliharaan dan penjagaan ibu susuannya Halimah as Sa’diyah rdh, kali kedua; ketika Baginda mencapai umur baligh, kali ketiga; ketika Baginda menerima wahyu dan keempat; ketika Baginda diisra’ dan dimi’rajkan.

Ketika berlakunya isra’ dan mi’raj, Rasulullah SAW sedang tidur di sisi Ka’bah dengan diapit oleh Saiyyiduna Hamzah dan Saiyyiduna Ja’far Ibn Abi Thalib radhiyallahu ‘anhuma. Ketika itulah datang malaikat membawa bekas emas yang terisi hikmah dan iman lalu dibelah dada Nabi SAW, dikeluarkan hati Baginda dan dicuci dengan air zamzam. Dibersihkan dari hati Nabi SAW karat hitam yang menjadi tempat duduknya syaitan bagi menyempurnakan tugas kerasulan agar bertindak menurut wahyu semata-mata. Kemudian bermulalah perjalanan agung tersebut dengan berkendenraankan buraq dan ditemani Jibril.

Di dalam hadis yang masyhur, Rasulullah SAW bersabda:

“Ketahuilah bahawasanya di dalam hatimu ada seketul darah, jika baik ia maka baiklah seluruh tubuh, jika rosak ia maka rosaklah seluruh tubuh, ketahuilah bahawa itulah yang dinamakan hati”

Sahabat sahabiah sekalian,
Segalanya bermula dari hati. Ketaatan kepada Allah, jihad dan pengorbanan, kasih sayang dan kecintaan, kecenderungan kepada maksiat, karam dalam keseronokan dunia, kebencian dan kemarahan, semuanya bermula dari hati. Hati adalah asas integriti dan kekuatan dan dari situ jugalah menjadi asas kelemahan dan ketewasan. Yang paling penting, hati yang diselaputi dosa dan maksiat tidak akan menemui jalan menuju Allah SWT. Jika jalan menuju Allah tidak ditemui, maka jalan syaitanlah yang akan mengisi "ruang penginapan" di dalam diri. Itulah setebal-tebal hijab antara hamba dengan Sang Pencipta.

Kecintaan kepada Islam dan istiqamah beramal dengannya adalah bermula dari hati. Pertama, hati yang mempunyai kemahuan dan yang kedua, hati yang dipilih untuk menerima curahan hidayah dari Allah SWT.

Firman Allah :

"Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya(membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa Yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang Yang tidak beriman"
Surah Al-An'am:125

Kefahaman terhadap ayat di atas ialah, rasa lapang dada, kemahuan yang tinggi untuk melaksanakan Islam dalam kehidupan dan semangat perjuangan yang tinggi yang terlihat dari kader dakwah adalah kerana hati yang diberi petunjuk oleh Allah SWT.

Di dalam peristiwa agung Isra’ Mi’raj, Rasulullah SAW telah ditunjukkan pembalasan Allah kepada ahli ketaatan dan ahli maksiat. Bilamana Baginda terhidu keharuman ruh para syuhada' yang syahid kerana mempertahankan aqidah seperti keluarga Yasir dan Masyitah, tukang sikat puteri Firaun, maka sudah tentu sekali peristiwa ini menjadi dorongan yang sangat kuat bagi para mujahid meneruskan perjuangan mereka. Yakin dan percayalah bahawa perjuangan kita tidak akan dipersiakan oleh Allah SWT.

Tanya hati dan diri kita, apa yang sebenarnya menghalang kita untuk aktif di arena perjuangan jika tidak kerana hati yang cenderung kepada kesenangan duniawi. Pupuklah hati dengan kesungguhan mujahadah di jalan Allah SWT. Moga-moga, ia akan memancarkan nur kemahuan dan kesanggupan yang tinggi untuk hidup mulia dan mati syahid.

Rabu, 16 Jun 2010

"Islam Adil Untuk Semua"

Sejak menjawat jawatan sebagai gabenor, Amr bin Al-Ash tidak lagi turut serta di medan pertempuran. Dia lebih banyak tinggal di istananya di Mesir. Di hadapan istananya yang mewah itu terdapat sebidang tanah yang luas dan sebuah pondok usang milik seorang lelaki Yahudi tua. “Alangkah baik dan indahnya jika di atas tanah itu berdiri sebuah masjid”. Detik hati sang gabenor.

Dipendekkan cerita, Yahudi itu dipanggil mengadap gabenor untuk melakukan proses tawar-menawar bagi membeli tanah milik Yahudi tua itu. Namun keputusannya sungguh mengecewakan. Amr bin Ash sangat kesal kerana si tua itu menolak dan enggan menjual tanah dan pondok buruknya. Ini kerana harga yang ditawarkan oleh gabenor adalah lima kali ganda dari harga pasaran.

“Baiklah jika itu keputusanmu, saya harap anda tidak menyesal!”. Tegas gabenor dengan nada ancaman.

Setelah orang tua Yahudi itu berlalu, Amr segera memerintahkan orang bawahannya mengeluarkan sepucuk surat pemberitahuan bagi membongkar tanah milik Yahudi tersebut. Apabila peristiwa itu berlaku, orang tua tadi hanya mampu menangis kerana tidak berdaya melakukan apa-apa. Dalam situasi mengecewakan itu, terdetiklah dalam hati orang Yahudi itu untuk mengadu keputusan gabenor Mesir kepada Khalifah Umar al-Khattab.

“Ada apa-apa keperluan yang pentingkah wahai datuk, kerana kau datang begitu jauh ke sini?" Tanya Umar al-Khattab kehairanan.

Datuk tua itu sebenarnya sungguh gementar berdepan dengan seorang khalifah yang berkedudukan tinggi dan penuh wibawa. Walaupun pada hakikatnya penampilan khalifah Umar amat sederhana dibandingkan dengan keluasan kekuasaan pemerintahan beliau. Setelah degup jantungnya bertambah reda, datuk tua itu mula bercerita bagaimana perjuangannya mempertahankan miliknya dan melaporkan aduan kesnya penuh kesedihan.

Merah padam wajah Umar apabila mendengar aduan datuk tua Yahudi itu. “Masya Allah, kurang sopan sungguh Amr!” kecam Umar.

“Sungguh tuan saya tidak mengada-ngadakan cerita walau sepotong ayat” sahut datuk itu bertambah gementar dan kebingungan. Malah dia semakin bingung apabila Umar memintanya mengambil sepotong tulang lalu menggoreskan sesuatu pada tulang itu dengan pedangnya.

“Berikan tulang ini kepada gabenorku, saudara Amr bin Ash di Mesir” perintah khalifah Al-Farooq Umar al-Khattab.

Orang Yahudi itu semakin kebingungan. “Tuan, adakah tuan sedang mempermainkan saya?” kata Yahudi tua itu dengan suara yang perlahan. Dia mula cemas dan memikirkan perkara yang bukan-bukan. “Jangan–jangan khalifah dengan gabenornya dua kali lima saja. Yalah, di mana saja manusia yang majoriti dan memegang tampuk pemerintahan dan kekuasaan, pasti akan menindas kaum minoriti. Malah mungkin aku akan ditangkap dan dituduh sebagai seorang subversif,” bisik hati orang tua itu dengan penuh curiga dan khuatir. Namun dia tetap mengadap gabenor Mesir sebagaimana yang diarahkan oleh khalifah Umar al-Khattab.


Setelah menyerahkan tulang goresan Umar kepada gabenor Mesir, datuk tua Yahudi itu semakin tidak faham. Dia semakin tak faham kerana gabenor Mesir dengan segera memerintahkan sesuatu yang di luar dugaan. “Bongkar dan runtuhkan masjid itu!” teriak Amr bin Ash dengan nada yang gementar. Wajah gabenor Mesir itu pucat, seperti dilanda satu situasi ketakutan yang amat dahsyat.

Yahudi itu segera berlari keluar dari istana, menuju ke kawasan pondok usangnya bagi melihat akan kebenaran arahan gabenor tadi. Tepat sekali sebagaimana yang dijangkakan. Beberapa petugas sedang bersiap sedia menghancurkan masjid yang tersergam indah yang hampir siap dibina itu.

“Tunggu!” jerit orang tua Yahudi itu. “Maafkan saya tuan gabenor, tolong jelaskan kepada saya segala peristiwa yang pelik ini? Adakah ia berpunca daripada tulang itu? Apa keistimewaan tulang itu sehingga tuan begitu nekad membuat keputusan membongkar semula bangunan yang amat mahal ini? Sesungguhnya saya benar-benar tak faham?” tanya orang tua itu bertalu-talu dengan nada yang penuh kehairanan.

Amr bin Ash memegang bahu datuk tua itu penuh mesra. “Wahai datuk, sebenarnya, tulang itu hanyalah tulang biasa, baunya juga busuk”.

“Tapi...” datuk tua itu cuba mencelah.

“Namun, kerana ia mengandungi perintah khalifah, maka tulang itu menjadi sangat bererti. Ketahuilah, tulang yang busuk itu adalah peringatan bahawa, betapa tingginya pun kekuasaan seseorang, ia akan kembali menjadi tulang yang busuk. Manakala huruf alif yang digores di atas tulang itu bermaksud kita mestilah berlaku adil sama ada ke atas (di kalangan pembesar) mahu pun ke bawah (di kalangan rakyat biasa). Lurus seperti huruf alif. Dan bila saya tidak mampu menegakkan keadilan, khalifah tidak akan teragak-agak untuk memenggal kepala saya!” jelas gabenor Mesir itu panjang lebar.

“Sesungguhnya, amat agung ajaran agama tuan. Sungguh, saya rela menyerahkan tanah dan pondok usang saya itu. Dan bimbinglah saya dalam memahami ajaran Islam,” ujar orang Yahudi itu pasrah berserta linangan air mata yang tak tertahan.

Allahu Akbar!. Inilah Islam yang benar dan agung. Inilah antara deretan kisah sejarah dan keunikan pemerintahan Islam yang sedia mendengar rintihan dan keluhan walaupun ianya daripada seorang tua Yahudi! Kita hendaklah sentiasa menegakkan keadilan tanpa memilih taraf dan agama. Lihatlah pula bagaimana pemerintah menerima teguran!. Sungguh mengharukan... Tidak pernah berdendam atau bermusuhan. Menerima kebenaran dan segera membetulkan kesilapan tanpa berlengah atau ditangguhkan. Betapa kerendahan yang ada pada pemerintah-pemerintah teladan. Sehingga mampu menawan hati kuffar yang asalnya ingin berlawan. Mengkagumkan!

Benarlah sebagaimana yang disabdakan oleh baginda Nabi Muhammad SAW, “umat yang terbaik adalah semasa zamanku, kemudian selepasnya, serta berikutnya...”. (amat besarlah kata-kata Rasulullah SAW)

"ISLAM ADIL UNTUK SEMUA"

Selasa, 8 Jun 2010

Halal & Haram Dalam Siasah

Saya tertarik dengan peringatan Tuan Guru Nik Abdul Aziz(TGNA) pada 2 tahun yang lalu(bulan Julai tak silap) bahawa selain daripada menekankan kepentingan halal haram dalam makan minum, kita mesti beri perhatian serius terhadap soal halal haram dalam politik. Munasabahnya peringatan TGNA tersebut adalah kerana segala-galanya adalah bertitik tolak daripada kekuasaan politik.


Makan minum akan menjadi halal(halalan thoiyyiban kata orang hari ini) bilamana penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan berkesan dilaksanakan dalam memastikan tiada makan minum yang haram dalam negara. Kerajaan melalui JAKIM sudah tentu dapat melaksanakan perkara ini tanpa sebarang masalah, kecuali ada kekangan dan kongkongan tertentu ataupun pelaksanaan yang sambil lewa yang akhirnya mampu menyebabkan dasar halal haram ini gagal dilaksanakan.

ULAMA’ MUKHLISIN

Kita seharusnya bersyukur kepada Allah SWT bilamana Dia mewujudkan dan melahirkan di tengah-tengah kita semua, seorang ulama' bahkan ramai ulama' yang ikhlas mendidik dan menegur. Antara sifat khusus bagi seorang ulama' ialah "khasyyatillah" yakni perasaan takut dan gerun hanya kepada Allah SWT semata-mata. Rasa takut pada Allah inilah mendorong para ulama' berkata benar walaupun pahit dan berkata dengan yang benar walau di hadapan pemerintah yang zalim sekalipun. Sabda Rasulullah SAW :

"Bahawa seafdhal-afdhal jihad itu adalah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim"

Cabaran berhadapan dengan pemerintah yang zalim ini sangatlah berat dugaannya. Namun seorang ulama’ yang ikhlas akan terus beristiqamah mempertahankan prinsip kebenaran Islam. Mempertahankan prinsip yang benar inilah yang menjadi sebab kepada kesyahidan para ulama'. Kalau di Malaysia ini, Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya adalah contohnya. Jika Masyitah yang sangat lemah dan juga seorang wanita berjaya mati syahid dalam mempertahankan aqidah yang benar, maka sudah tentu para ulama' adalah terlebih gagah lagi dalam soal mempertahankan kebenaran.

Namun kita pasti akan melihat wujudnya ulama' dunia dan ulama' jahat di sepanjang zaman. Merekalah yang yang menjadi sebab kepada terjadinya fitnah yang besar di kalangan umat. Pendapat yang sangat mengelirukan adalah ciri-ciri khas mereka. Padahal mengampu dan membodek pemerintah adalah perhiasan kehidupan mereka. Jauhilah mereka demi keselamatan kita semua.

BILA PERINGATAN DISAMPAIKAN

Politik adalah sebahagian dari tuntutan keimanan. Bila ikatan politik wahyu dirungkaikan dari leher umat oleh serangan ajaran sekular dan perencanaan jahat musuh, maka bermulalah episode punah jahanamnya kesucian ajaran Islam. Para ulama' dipenjarakan oleh politik haram, pintu masjid ditutup rapat dari menjadi sumber hidayah kebenaran kepada umat, orang-orang fasik diberikan pengiktirafan, pendokong kebenaran dicela dan difitnah serta dilabel dengan label kejahatan dan khianat.

Harta negara diselewengkan sewenang-wenangnya. Dilaporkan bahawa sebanyak RM7 bilion ringgit wang royalti minyak Terengganu dibelanjakan sepanjang sepenggal pemerintahan Idris Jusoh tanpa direkodkan kemana wang itu dibelanjakan dan untuk apa ia dibelanjakan. Alat ganti kereta yang sebenarnya bernilai RM3000, tetapi di"claim" dengan nilai RM 29,000. Siasah haram membenarkan penipuan dan penyelewengan.

Yang lebih malang ialah apabila politik haram dilaksanakan maka syariat Islam sukar untuk direalisasikan. Perkara ini sememangnya pasti. Kita boleh lihat, kerja politik haram ialah membina masjid untuk mengesahkan bahawa mereka mengamalkan Islam, tetapi syariat dan hukum Islam ditolak demi mendapatkan "redha" musuh Islam.
ALANGKAH KEJI DAN JIJIKNYA PERBUATAN INI!!!

Sabtu, 29 Mei 2010

Yang Mana Satu Lebih Mahal???

Kemelut aqidah yang melanda umat Islam kini semakin parah. Kemudaratannya semakin tidak terbendung. Saya teringat kepada pesanan Rasulullah SAW kepada umat akhir zaman bahawa qiamat akan berlaku bilamana tiada lagi sebutan "ALLAH" di atas muka bumi. Bilamana semakin tua umur dunia dan semakin hampir dengan berlakunya qiamat, manusia akan semakin lupakan Allah dan akhirnya tiada kalimah Allah lagi yang terungkap.

Saya teringat, tahun lepas, bilamana mahkamah membuat keputusan bersalah keatas 6 orang yang didakwa menghina Sultan Perak, saya kembali teringat kepada apa yang pernah dipesan oleh para ulama' salafussoleh bahawa diantara tanda kerosakan aqidah adalah bilamana hak manusia dianggap lebih besar daripada hak Allah SWT, kepentingan manusia diutamakan sedangkan hukum Allah tidak diendahkan.

Bagi saya, tafsiran menghina itu perlu diperjelaskan dengan betul agar tidak berlaku salah faham. Menyatakan yang 'haq' adalah kewajipan setiap mukmin dan tidak boleh ditafsirkan sebagai menghina. Membantah tidak bererti penghinaan, lebih-lebih lagi jika bantahan dibuat terhadap perkara benar. Sabda Rasulullah SAW :

"Jihad yang paling utama adalah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim"

Pemerintah yang zalim adalah pemerintah yang menindas rakyat, meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya(seperti tidak berhukum dengan Kitabullah), serta merampas hak rakyat dengan jalan yang salah dan tidak benar. Maka membantah, membetulkan serta memberi peringatan terhadap golongan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menghina.


Lazimnya, sesuatu yang mahal harganya adalah kerana status, nilai, manfaat dan kegunaan benda tersebut, adalah sangat penting dan besar kegunaannya. Contohnya; emas lebih mahal dari perak kerana status emas yang tinggi serta penghasilannya yang amat rumit. Ikan haruan lebih mahal dari ikan kembung kerana nilai perubatan dan kesulitan untuk memperolehinya adalah amat payah berbanding kembong. Gaji seorang doktor lebih mahal dari gaji buruh kasar kerana kemahiran serta profesionalisme seorang doktor itu lebih diperlukan berbanding seorang buruh kasar dan sedikitnya bilangan doktor dalam masyarakat.

Hukum Allah SWT tentulah tiada nilaian dan bandingannya. Jawapan paling mudah adalah kerana ia datang dari Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:

"Menegakkan satu hukum dari hukum Allah SWT adalah terlebih baik dari turunnya hujan selama 40 hari membasahi bumi"

Namun apabila menghina Sultan dihukum dengan denda RM10,000 berbanding kesalahan zina yang didenda RM1300-RM3000, maka jelaslah dihadapan mata bahawa kesalahan itu lebih besar daripada melanggar perintah Allah SWT. Tambah-tambah pula, sekarang ni, isu penghalalan judi pula. Ish(3x)

Ayuh kita fikir-fikirkan...

YANG MANA SATU LEBIH MAHAL???

Isnin, 10 Mei 2010

Sekarang Ni Musim Menembak Agaknya...(^_~)


Belum pon selesai kes polis tembak remaja 15 tahun, arwah adik Aminulrasyid, di Shah Alam, Selangor, kali ini kejadian sama berlaku di Seremban. Remaja berusia 17 tahun cedera parah di tembak oleh polis.


Dalam insiden pada pukul 3.30 pagi itu, mangsa Mohd. Azizi Aziz difahamkan ditembak kerana tidak mahu memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan oleh anggota polis kereta peronda.


Tembakan yang dilepaskan itu terkena bahagian perut Azizi hingga tembus ke usus besar menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Ja’afar(HTJ) kira-kira pukul 4 pagi.

Kejadian remaja ditembak ketika cuba melarikan diri daripada polis itu adalah kali kedua berlaku dalam tempoh dua minggu selepas Aminulrasyid Amzah, mati ditembak polis di Seksyen 11, Shah Alam pada pukul 2 pagi 26 April lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, siasatan awal mendapati anggota polis berkenaan telah mengarahkan Mohd. Azizi berhenti, namun mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan dia melepaskan satu das tembakan.

"Anggota polis yang melepaskan tembakan itu mendakwa dia melepaskan tembakan amaran sahaja tetapi ia dilakukan dalam keadaan kereta peronda yang bergerak laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya"

"Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mereka mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut," katanya di HTJ di sini semalam.

Wallahu a'lam sejauh mana kebenarannya. 'Ala kulli hal, konstabel polis tersebut telah digantung tugas dan ditahan setelah didakwa. Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun. Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

"Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

KESIMPULAN

Mungkin ini pengajaran buat kita. Saya kira, jika moral remaja mampu dibentuk dengan baik dan "output power system" dalam diri mereka juga dapat dijalankan dengan baik, insyaAllah perkara sebegini tidak akan berlaku. Saya berpendapat, kedua-dua pihak bersalah dalam kes ini. Sebabnya, apa yang berlaku mesti ada sebab dan musababnya.

JADI, BUAT KITA PARA DU'AT SEKALIAN, MARILAH KITA LAHIRKAN DAN PERKASAKAN FARDU MUSLIM YANG BAKAL MENERUSKAN EKSPEDISI PENDAKIAN KE PUNCAK GUNUNG KHILAFAH. PROSES PEMERKASAAN ITU SANGAT PERLU WAHAI DU'AT SEKALIAN.

"JANGAN BIARKAN MEREKA BERKAKI AYAM SEMASA MENDAKI GUNUNG KHILAFAH"

Ketangkasan Gambar Mempersembahkan "PENCAK"nya

Alhamdulillah dapat dan selamat juga sampai ke rumah tepat jam 6.45 petang tadi. Syukur dapat melihat wajah ibu dan ayah tersayang disamping adik bongsu yang bakal menduduki PMR pada tahun ini. Abang saya pula terpaksa pulang ke kampus untuk meneruskan short semester. 'Ala kulli hal, posting kali ini, ringkas, dan saya nak ajak sahabat-sahabat menyelami gambar-gambar yang saya sertakan dibawah. Kali ini, saya ingin memberi peluang kepada GAMBAR pula untuk "BERPENCAK". Dipersilakan...





SEMOGA BEROLEH MANFAAT

Selasa, 4 Mei 2010

Jundullah:It's Time For Action

Fajar tiba. Tatkala matahari meninggi dan cahaya menyuluh sinar, kengerian yang telah berlaku mula menonjolkan kehodohan wajahnya. Dimana dulu tegak berdirinya bangunan, kini hanya tinggal sisa runtuhan. Dimana dulu terdengar jerit-pekik anak kecil bermain mengisi ruang, kini sunyi sepi. Dimana dulunya tempat anak muda bercampur gaul, kini berselerak dengan mayat-mayat yang membusuk. Jalanan kini kosong, hanya selamat untuk simati dan pembunuh mereka.

Beberapa minggu yang lepas telah menyaksikan jenayah yang amat dahsyat dilakukan terhadap manusia, namun demikian dunia hanya “duduk dan lihat”, dengan sedikit kutukan, tapi itu saja. Dunia duduk berdiam diri dan memerhatikan ketika rumah-rumah Palestin diratakan oleh “bulldozer”, bila lelaki-lelaki tanpa mengira umur atau keupayaan dilabel sebagai “pengganas (terrorist)” dan ringkasnya samada dibunuh, dibawa pergi tanpa diketahui hidup matinya, atau dijadikan perisai manusia, bila kanak kanak yang “berani” melanggar perintah berkurung hanya untuk membeli roti untuk makan ditembak, dimana air lembah terpaksa diminum kerana tiada air bersih yang boleh didapati, dimana hospital dan ambulans menjadi sasaran latihan tembakan, dimana ibu-ibu mengandung terpaksa melahirkan anak di pos-pos kawalan, dimana simati dihalang dari dikebumikan. Kelakuan zalim ini telah menunjukkan pada dunia yang Yahudi tidak cukup dengan menyeksa rakyat Palestin, kematian mereka juga dihina.

Bagi kebanyakan kita, kekejaman di Palestin tak lebih dari drama bersiri yang kita tonton setiap hari untuk perkembangan terkini, mengikuti cerita terkini untuk menyedapkan hati kita, “sekurang kurangnya kami prihatin”. Tetapi ada setengah dari kita yang pergi lebih jauh dan melakukan sesuatu, samada berdemo, menghantar bantahan atau pemulauan (boikot) barangan Yahudi: Bagaimanapun secara jujur ianya tidak setimpal untuk luka yang amat parah. Dan kemudian ada pula yang mengambil langkah lebih berani, dimana mereka menyedari mereka harus menyerahkan hak mereka yang amat berharga, lebih berharga dari wang dan status, iaitu darah mereka. Mereka adalah sebilangan kecil dari yang golongan yang amat kecil.

Mengulang sejarah Bosnia, kejadian perempuan tua berkerusi roda yang terperangkap ditengah medan peperangan sedang tentera IDF (Pasukan Bersenjata Israel) hanya memerhatikan dan menggelakkan beliau dengan keadaannya yang tiada upaya dan bangga dengan kekuasaan mereka, kemudian ada pula kejadian ibu-ibu yang terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka dengan melanggar perintah berkurung kerana mereka tiada susu untuk diberi kepada bayi mereka, atau kejadian warga tua yang dipaksa berjalan dihadapan kereta kebal Yahudi... Semua cerita ini bukan dogengan dari penindasan zaman silam, sesuatu dari zaman batu dimana manusia adalah zalim, tidak, ini adalah kisah benar kejadian kekejaman yang berlaku terhadap saudara dan saudari kita di Palestine dimana mereka diseksa oleh Yahudi. Ini, Orde Dunia Baru(New World Order). Bagaimanapun umat Islam tidak akan melupakan cerita-cerita ini, ianya akan menghidupkan api dimana, dengan bantuan Allah S.W.T, akan menghancurkan Yahudi.


Kekuatan berjuta? Mereka dengan lantangnya memanggil kita BANGSA PENGECUT YANG BILANGANYA BERJUTA. Dulu mereka hanya berani berbisik sesama mereka, tapi kini mereka mengucapkanya secara terang terangan, umat Islam tidak akan melakukan apa-apa untuk membantu saudara mereka. Sesungguhnya bukti-bukti yang menyokong mereka amat jelas, seperti sewaktu bermulanya perang Afghanistan dimana umat Islam membantah dengan keras, tapi mereka tetap berani membunuh saudara saudari kita dibulan Ramadhan sedang kita hanya duduk dan memerhatikannya dari jauh tanpa melakukan apa-apa. Tanya diri anda kenapa mereka amat yakin?

Lihat keluar tingkap anda, aman bukan? Sekarang cuba bayangkan Helikopter Apache dan Jet Pejuang F-16 buatan USA berlegar-legar diruang udara anda, dan mula menyerang satu demi satu, roket dilancarkan tak henti-henti ke bandar anda, rumah anda dan kepada keluarga anda. Inilah yang berlaku secara terperinci di Palestin. Mereka mengatakan ini Peperangan Menentang Keganasan, tidak melibatkan orang awam, sungguh lucu, saya tak tahu lah kalau roket boleh membezakan diantara anak dan ayah, memang lucu, tak tahu lah kalau roket dapat membezakan antara ibu dan anaknya. Nyata yang saya kurang pengetahuan hingga terlepas fakta ini, sungguh tak bertamadunnya saya.

Bila anda tidur malam nanti, lihat sekeliling rumah anda, indah bukan? Kemudian fikirkan seorang ibu tua yang mana pada satu masa sedang duduk dirumahnya yang lebih kurang seperti rumah anda dan saya, dengan sekelip mata dia mendapati dirinya telah terperangkap didalam runtuhan rumahnya. Ibu tua ini telah ditimbus hidup-hidup oleh bulldozer Israel yang menghancurkan apa saja di jalanan. Bayangkan dalam kegelapan itu apa yang beliau rasakan dengan keadaan yang tehimpit dengan segala runtuhan, menjerit tapi tiada balasan, menangis tapi tiada apa yang dapat membujuknya, maka terbaringlah beliau disitu, tidak tahu yang yang mana akan membunuhnya dulu, kelaparan atau sesak nafas. Dengan tiba-tiba beliau telah diselamatkan oleh anak-anak Palestin. Bayangkan betapa gembiranya beliau. Kemudian beliau dibawa ke hospital hanya utuk diberitahu bahwa lapan ahli keluarganya telah dibunuh.

Mangsa pembunuhan IDF amat banyak dan berbagai. Ambil contoh Sami Abda yang tinggal di Bethelehem, tapi kini menjadi tawanan IDF. Dia berada dirumahnya ketika IDF mula menembak walaupun mereka telah diberitahu yang wanita dan kanak kanak ada didalam, tapi apa yang mereka peduli? Kemudian tanpa dapat dielak ibu dan abang Sami telah terkena tembakan dihadapan beliau, didepan matanya. “Jika ini berlaku pada kamu, apa yang akan kamu lakukan?” “Apa yang akan kamu lakukan?” Sami bertanya.

Sami berkata: “Mereka telah menembak ibuku, Sumaya dan abangku, Jacoub. Ibuku berusia 64 tahun dan abangku 37 tahun. Mereka berdua jatuh kelantai. Saya menjerit memanggil semua orang supaya dapat membawa mereka berdua ke hospital. Tapi tiada siapa membantu kami. Mereka dalam keadaan nazak. Bila ambulans sampai, seorang pegawai tentera Israel tidak mengizinkan mereka masuk ke kawasan jalan kami. Jadi selama 30 jam, kami harus hidup dengan mayat mereka. Anak-anak kami terpaksa kami masukkan kedalam bilik air supaya mereka tidak dapat melihat mayat. Tolonglah kami”.

“Ibuku lari untuk mendapatkan bantuan. Seorang tentera telah menembak beliau dikepala”. Kes beliau bukan kes yang asing. Di Jenin, bandar penyembelihan berlaku, Abdullah Washai melihat abangnya yang berusia 17 tahun terbaring di lengannya, luka berdarah hingga mati setelah ditembak oleh helikopter yang dibuat dan dibayar oleh USA. Emaknya tidak sanggup melihat anaknya yang telah beliau kandungkan, anaknya yang telah beliau suapkan sewaktu anaknya belum pandai menyuap sendiri, anaknya yang beliau mandikan sewaktu anaknya masih kecil, beliau tidak sanggup hanya berdiri dan melihat anaknya mati. Seperti seorang pahlawan yang berani, beliau lari keluar kejalan, tanpa memperdulikan keselamatan beliau untuk meminta bantuan, tapi tiada siapa yang datang. Hanya peluru dari pengganas Yahudi menembusi kepala beliau.

Jadi tolonglah beritahu pada anak-anak kecil di Jenin yang terpaksa minum air lembah kerana tiada air bersih boleh diperolehi, yang sedang teresak-esak kerana ibu mereka dibawa pergi manakala ayah mereka telah dibunuh, beritahu mereka jangan risau kerana bantahan akan datang, beritahu mereka jangan risau kerana anda telah menghadiri demonstrasi dan begitu yang lain diserata dunia tetapi kemudian anda kembali pada kehidupan harian anda, beritahu mereka jangan risau kerana anda telah menulis kepada Ahli Parlimen anda dan mereka bersedih kerana ramai yang telah mati. Beritahu mereka jangan risau kerana bila anda telah tamat belajar anda akan berjaya dan dihargai oleh masyarakat dan bila anda bercakap orang akan mendengar. Tapi anak anak itu berkata kami memerlukan kamu sekarang.

Dan sementara kamu berlengah, teragak agak, memikirkan, tentang betapa bergunanya kepada Islam apabila anda telah menjadi seorang doktor, atau sebagai peguam, atau sebagai banker, semasa anda sedang sibuk berfikir tentang keduniaan ini, kereta kebal Israel sedang sibuk menjalar di jalanan Palestin, bulldozer Israel tanpa belas ihsannya menghancurkan rumah rakyat Palestin, menguburkan ahli keluarga hidup-hidup, tentera Israel menyembelih saudara dan saudari kita yang tidak bersalah, dan sementara kita berlengah lengah, seorang lagi Ayesha menangis meminta tolong kepada abang dan saudaranya untuk datang membantu dan membantu beliau sekarang. Tetapi beliau berhenti menangis, kerana beliau sedar yang saudara-saudara seIslam lebih cintakan dunia dan takut mati. Dan kemudian anda termenung sejenak untuk memikirkannya, dan anda rasa sedih seketika, tetapi kemudian anda kembali menonton TV sambil menangkat bahu dan berkata sendiri “apa yang aku boleh buat?”

Tidurlah senyenyaknya malam ini, semoga tangisan Jenin akan bergema di hati anda semua.

Semoga Allah mengampunkan kita kerana mengizinkan saudara dan saudari kita disembelih,
Semoga Allah mengampunkan kita kerana berdiam diri ketika ayah-ayah kita disembelih,
Semoga Allah mengampunkan kita kerana mengizinkan ibu-ibu kita disembelih, dan
Semoga Allah mengampunkan kita kerana mengizinkan anak-anak kita disembelih.

Tiada lagi tangisan. Semoga dinding-dinding ini menjadi saksi pada tangisan membara terakhir yang meleleh dimukaku, tiada lagi tangisan, masa untuk bertindak terpulang kepada kita.

"MATI HANYA SEKALI, JADI MENGAPA TIDAK MATI UNTUK ALLAH?"