Isnin, 30 November 2009
Menggenggam Bara
Tersentap saya setelah membaca karya Allahyarham Ustaz Fathi Yakan. Sebak ditambahkan lagi dengan syahdu. Sebutir-sebutir kalam tulisannya menikam sanubari saya. Barangkali, inilah 'izzah yang Allah berikan kepada pejuang yang benar-benar ikhlas berjuang dijalanNYA. Walaupun telah meninggalkan dunia, namun dakwahnya masih terus berbisa menikam jiwa. Saya bermuhasabah sejenak setelah selesai membedah buku "Bahtera Penyelamat Bagi Para Du'ah" buat kali yang kedua. Mungkin saya tidak cukup lagi untuk bergelar "PEJUANG AGAMA ALLAH YANG SEBENAR-BENAR IKHLAS" dalam perjuangan.
Sidang pembaca yang saya hormati sekalian,
Rasulullah SAW adalah suri tauladan sepanjang zaman. Terutamanya kepada para pencinta dan pejuang agama Allah SWT. Antara bekalan para pendakwah dan pejuang agama menurut Al Marhum Syeikh Musthafa Masyhur, ialah kita menurut sunnah Rasul dan menghidupkannya dalam kehidupan seorang da’ie.
Para da’ie adalah kekasih Allah sepanjang zaman. Mereke berjuang menegakkan agama tidak lain dan tidak bukan, hanyalah kerana Allah, kepentingan diri dan ummah umumnya. Mereka bermujahadah siang dan malam tanpa rasa malas dan jemu bagi merealisasikan matlamat Islam itu sendiri.
Firma Allah SWT:
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" (Surah Al Fussilat : 33)
GHURABAA’- YANG TERASING
Rasulullah SAW juga mengingatkan bahawa pencinta dan pejuang Islam sepanjang zaman akan menjadi "golongan terasing". Mereka akan menjalani kehidupan yang susah, miskin dan sempit dek kerana "layanan dingin" manusia terhadap mereka. Mereka akan terlempar jauh dan dicela oleh lidah-lidah pencela sepanjang zaman.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya bermula Islam itu dalam keadaan terasing (gharib), dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula. Beruntunglah mereka yang ghuraba’”
GENGGAM BARA
Melaksanakan Islam di zaman ini adalah ibarat "menggenggam bara". Hadith Rasulullah SAW yang saya nyatakan tadi, juga ada menyiratkan maksud tentang kepayahan berjuang. Para mujahid harus menggenggam bara perjuangan Islam ini hinggalah ia menjadi arang. Para pejuang agama akan senantiasa berhadapan dengan dendam dan salah sangka manusia yang fitrahnya sering tidak berpuas hati. Mereka akan senantiasa dituduh dan dilemparkan fitnah yang kadangkalanya mampu menjatuhkan spirit untuk berjuang.
CADANGAN SAYA
1-Agar membaca karya Allahyarham Ustaz Fathi Yakan dalam bukunya “Bahtera Penyelamat Bagi Para Dua’ah”. Moga-moga kita akan dapat apa yang dikatakan penawar dan ubat buat luka dan duka para da’ie.
2-Antara contoh yang saya boleh kemukakan mengenai memperjuangkan Islam ibarat menggenggam bara, sahabat-sahabat bolehlah merujuk hasil tulisan Saudara Roslan SMS dalam blognya, http://n32.blogspot.com. Tulisannya berkisarkan mengenai etika berpakaian Majlis Bandaraya Islam Kota Bharu. Jemputlah membaca.
SALAM JUANG WAHAI SEMUA PENDOKONG AGAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
khutbah jumaat hari ni berkenaan islam kembali 'dagang'/asing..
BalasPadamtp kalau tgk dari istilah 'dagang', ada 2 maksud..satu asing, satu lg 'dijual beli'.. keadaan skrg ni, islam bukan setakat asing, tp dah diperdagangkan, dijual beli oleh orang2 yg mengaku diri islam..
apakah benar kita ni tergolong dlm golongan 'terasing'? atau kita tanpa sedar, telah tergolong dlm golongan perdagangkan agama?
~ ayah lae