Sabtu, 4 September 2010

Amalan 10 Hari Terakhir Ramadhan: Sheikhuna Ustaz Muhadir

Ust Muhadir, berselendang hijau(penulis risalah ini)

بسم الله الرحمن الرحيم

AMALAN UMUM[1]:
a) Sebolehnya beri’tikaf.
b) Mandi antara solat Maghrib dan Isya’.
c) Tidak bersama (jima’) dengan isteri.
d) Makan sedikit waktu iftar[2].
e) Solat fardhu berjemaah.
f) Solat Rawatib dan Nawafil.
g) Baca Al-Qur’an sebanyak-banyaknya.
h) Bersedekah.
i) Membuat segala amal kebaikan yang termampu termasuk pergi ke majlis ilmu danmuzakarah, menziarahi para alim ulama’ dan orang-orang soleh, khidmat kepada kedua orang tua atau guru/ masyaikh, bersifat ihsan/ belas kasihan kepada semua makhluk dan lain-lain.
j) Usahakan untuk mengkhatam pada setiap hari bermula 20 Ramadhan[3]:
1- (1000x) لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
2-
(1000x) أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
3- (1000x) اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
4- Surah Al-Ikhlas (100x, atau paling sedikit 25x)


AMALAN KHUSUS:

PAGI:
1- Solat sunat sebelum Subuh, solat fardhu Subuh berjemaah, wirid selepas solat[4].
2- Al-Wird al-Lathif dan Hizb an-Nawawi.
3- Sebelum naik matahari baca[5]:
i- (100x) سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
ii- (100x) لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
iii- (100x) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ
iv- (100x) سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
v-
(100x) لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
4- Solat sunat Isyraq dan sunat Dhuha.


TENGAHARI:
1- Solat Qabliyyah Zohor, solat fardhu Zohor berjemaah, solat Ba’diyyah Zohor.
2- Ratib al-Aththos.
3-
(25x) أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، اَلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ

PETANG:
1- Solat Qabliyyah Asar, solat fardhu Asar berjemaah.
2- Hizb al-Bahr.
3- (100x) اَللهُ أَكْبَرُ


MAGHRIB:

1- Berzikir dan berdoa ketika hampir waktu berbuka puasa[6].
2- Berbuka puasa, solat fardhu Maghrib berjemaah, solat Ba’diyyah Maghrib.
3- Solat sunat Awwabin.
4- Ratib al-Haddad.

ISYA’:
1- Solat Qabliyyah Isya’, solat fardhu Isya’, solat Ba’diyyah Isya’.
2- Solat Tarawih dan Witir.

Amalan pada malam yang diharapkan Lailatul Qadar[7]:
Bermula pada pukul 12 tengah malam:

1- Mandi, memakai pakaian yang bagus, berhias diri dan berwangi-wangian[8].
2- Berwudhu’, solat sunat Wudhu’.
3- Solat Hajat mohon agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
4- Membaca Al-Qur’an.
5- (100x) أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
6- (1000x) لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
7-
(400x) لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ حَيٌّ دَائِمٌ لاَ يَمُوتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
8-
(3x) لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيمُ الْحَكِيمُ، سُبْحَانَ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
9- (100x) سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
10- (200x) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ
11- (1000x) اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
12- Ayat Al-Kursi. (3x)
13- Solat sunat Tahajjud, Taubah, Hajat, Tasbih, Witir.
14- Al-Wird al-Lathif.
15- Membaca doa khusus[9].
16- Solat Lailatul Qadar[10].
17- Paling kurang solat Isya’ berjemaah dan solat Subuh berjemaah[11].

LAMPIRAN:
(A):
Sebelum berdoa bacalah:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Sebelum berselawat bacalah:
إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sebelum berzikir atau bertasbih, bacalah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ اَمَنُوا اذْكُرُوا اللهَ ذِكْرًا كَثِيرًا. وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلاً

Tujuannya ialah supaya mengingatkan hati agar sentiasa tunduk dan patuh kepada suruhan Allah untuk berdoa, berselawat dan berzikir serta bertasbih kepadanya[12].

(B):
Usahakan untuk tidak meninggalkan 2 amalan ini selepas salam pada solat Subuh:

1) Membaca sebanyak 10 x dalam keadaan masih duduk Tahiyyat Akhir (sama ada masih duduk Tawarruk atau Iftirasy) dan tidak berkata-kata sehingga selesai bacaan:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Fadhilat:
Hadith dari Abu Zar berkata: Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang membaca selepas solat Subuh dalam keadaan kakinya masih seperti kedudukan duduk Tasyahhud Akhir, sebelum berkata-kata 10 kali, ditulis baginya 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 derjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga dari segala perkara yang dibenci, terbenteng dari syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali perbuatan syirik (menyekutukan) Allah.”[13]

2) Membaca sebanyak 7 x sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan:

اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
“Ya Allah, peliharalah aku dari api neraka”

Fadhilat:

Hadith dari Al-Harith bin Muslim dari ayahnya berkata: Nabi bersabda: Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata:
(7x) اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: (7x) اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka.”[14]

Cacatan:

Boleh juga menggunakan shighah (bentuk) jama’ (ramai) umpamanya:

اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ
“Ya Allah, peliharalah kami dari api neraka”

(C):

Zikir dan doa ketika hampir berbuka puasa:

1-
(3x) أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

2- (3x) اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا

3- (1x) يَا كَرِيمُ

4- Doa:
اَللَّهُمَّ سَلِّمْنَا لِرَمَضَانَ وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لَنَا، وَسَلِّمْهُ لَنَا مُتَقَبَّلاً حَتَّى يَنقَضِيَ وَقَدْ غَفَرْتَ لَنَا وَرَحِمْتَنَا وَعَفَوْتَ عَنَّا، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فِيهِ الْعَافِيَةَ الْحَالَةَ وَالرِّزْقَ الْحَسَنَ وَدِفَاعَ اْلأَسْقَامِ، وَالْعَوْنَ عَلىَ الصَّلاَةِ وَالصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ، وَأَعِنَّا عَلَى الصَّلاَةِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ وَالْعَمَلِ فِيهَا حَتَّى تَرْضَى عَنَّا.

“Ya Allah, selamatkanlah kami untuk Ramadhan dan selamatkanlah Ramadhan untuk kami. Dan selamatkanlah ia untuk kami sehingga ia pergi dalam keadaan Engkau telah mengampuni kami dan merahmati kami. Ya Allah, berikanlah kami di dalamnya keafiatan yang segera, rezeki yang baik, perlindungan daripada penyakit, serta pertolongan untuk melakukan solat, puasa, beribadah pada waktu malam dan membaca Al-Qur’an. Ya Allah, rezekikanlah kami Lailatul Qadar dan bantulah kami untuk bersolat, beribadah pada waktu malam, membaca Al-Quran dan beramal di dalamnya sehingga Engkau redha dengan kami.”

Boleh juga membaca doa dan zikir-zikir lain.

(D):

Walaupun tarikh berlakunya Lailatul Qadar menjadi rahsia Allah, para ulama dan Ahli Sufi telah membuat kaedah dengan harapan berjumpa dengan malam berkat tersebut, mengikut pengalaman masing-masing.

Kaedah:

Di dalam kitab Hasyiah Fath al-Wahhab disebutkan bahawa: Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, Lailatul Qadar diharapkan akan terjadi pada malam ke 29, jika hari Isnin, malam ke 21, jika hari Selasa atau Jumaat, malam ke 27, jika hari Khamis, malam ke 25 dan jika hari Sabtu, malam ke 23. Kaedah ini juga disebut di dalamAl-Barmawi dan Al-Qalyubi (2/26).

Di dalam kitab Al-Jauhar al-Mauhub dan Al-Bujairami ‘ala al-Khathib (2/410), disebutkan bahawa ahli-ahli Sufi termasuklah Syaikh Abu Bakar al-Maghribi, Imam Al-Ghazali dan lain membuat dhobith (kaedah) iaitu jika awal Ramadhan jatuh pada hari Jumaat, Lailatul Qadar diharapkan akan terjadi pada malam 29, jika hari Sabtu, malam ke 21, jika hari Ahad, malam ke 27, jika hari Isnin, malam ke 29, jika hari Selasa, malam ke 25, jika hari Rabu, malam ke 27 dan jika hari Khamis, malam ke 21[15].

Walau bagaimanapun, kebanyakan ulama’ mentarjihkan (menguatkan) pendapat yang mengatakan Lailatul Qadar terjadi pada malam 27 Ramadhan berdasarkan keterangan hadith daripada Ubay bin Ka’ab[16] dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam 27 itu[17].

Tanda-tanda:

1- Malamnya tenang (tidak bunyi bising/ hiruk pikuk), tidak panas dan tidak sejuk.

2- Cahaya matahari pada paginya kelihatan putih cerah, tidak banyak sinarannya[18].

3- Anjing tidak menyalak[19].

(E):

Doa khusus dibaca pada malam Lailatul Qadar:

بسم الله الرحمن الرحيماَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا، عَفْوُكَ يَا عَفُوُّ فِي الْمَحْيَا، وَفِي الْمَمَاتِ عَفْوَكَ، وَفِي الْقُبُورِ عَفْوَكَ، وَعِندَ النُّشُورِ عَفْوَكَ، وَعِندَ تَطَايُرِ الصُّحُفِ عَفْوَكَ، وَفِي الْقِيَامَةِ عَفْوَكَ، وَفِي مُنَاقَشَةِ الْحِسَابِ عَفْوَكَ، وَعِندَ الْمَمَرِّ عَلَى الصِّرَاطِ عَفْوَكَ، وَعِندَ الْمِيزَانِ عَفْوَكَ، وَفِي جَمِيعِ اْلأَحْوَالِ عَفْوَكَ، يَا عَفُوُّ عَفْوَكَ.

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku. Aku memohon keampunanMu, wahai Yang Maha Pengampun, dalam kehidupan, dalam kematian, aku juga memohon keampunanMu, dalam kubur aku juga memohon keampunanMu, ketika dibangkitkan aku juga memohon keampunanMu, ketika diberikan lembaran amal, aku juga memohon keampunanMu, ketika sidang perhitungan amal, aku juga memohon keampunanMu, dalam semua keadaan, aku juga memohon keampunanMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, aku memohon keampunanMu.”

Baca juga doa-doa lain. Boleh juga bermohon dalam Bahasa Melayu kepada yang ada hajat jika tidak boleh berbahasa Arab[20].

(F):
Solat[21] pada malam berlakunya Lailatul Qadar[22]

Lafaz niat:أَصَلِّي سَنَّةَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang sunat Lailatul Qadar empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Pada setiap rakaat, selepas membaca Al-Fatihah, hendaklah membaca Surah At-Takathur sekali dan Surah Al-Ikhlas tiga kali.

Solat pada malam 27 Ramadhan[23].
Ia dikerjakan sebanyak 12 rakaat. Pada pendapat Al-Faqir, boleh juga dikerjakan dengan dua rakaat dan salam, kemudian meneruskannya sehingga ke dua belas rakaat. Pada rakaat pertama, setelah membaca Surah Al-Fatihah, dibaca Surah Al-Qadar 1x dan Surah Al-Ikhlas 15x untuk setiap 2 rakaat.

Rujukan: Bahasa Arab:
Ihya’ Ulum ad-Din, Imam Al-Ghazali, tahqiq Abu Hafhs Sayyid bin Ibrahim, Al-Qaherah: Dar al-Hadith, 1419H/1998M.Khulashoh Syawariq al-Anwar min Ad’iyah as-Sadah al-Akhyar, Syaikh Masyaikhuna, Al-Arif billah al-Muhaddith, as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, Al-Qahirah: Dar Wahdan, t.t.Latho’if al-Ma’arif fima li Mawasim al-‘Am min al-Wazha’if, Imam Ibn Rajab al-Hanbali, ta’liq wa muraja’ah Muhammad al-Iskandarani, Bairut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, Cetakan Kedua, 1416H/1996M.Mafatih al-Qurb, Al-Arif billah al-Muhaddith, Syaikh Muhammad Zaki bin Ibrahim, Cetakan Kelapan, 1420H/1999M.

Kitab Jawi:Bughyah ath-Thullab li Murid Ma’rifah al-Ahkam bi ash-Showab, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Dar al-Fikr, t.t.Jam’ al-Fawa’id wa Jawahir al-Qala’id, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Auladuh, t.t.Al-Jauhar al-Mauhub wa Munabbihat al-Qulub, Syaikh Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Awladuh, t.t.Sair as-Salikin fi Thoriqah as-Sadat ash-Shufiyyah, Syaikh Abdus Shomad al-Falimbani, Pulau Pinang: Percetakan Al-Ma’arif, t.t.

Bahasa Melayu:Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Ramadhan & Syawal (Bahagian Keempat), Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M.Fazilat Bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadzan, Budiman Radzi, Kedah: Alor Setar, 1408H/ 1988M, ms 34-39.Perukunan Sembahyang Melayu, Haji Abdur Rasyid Banjar, Pulau Pinang: Percetakan al-Ma’arif, t.t.Rangkaian Doa Ramadhan: Amalan Meraih Rahmat dan Ampunan, Bonus Majalah al-Kisah, Edisi 18/2008, 16-17, 19-20.Tazkirah Ramadhan, Syaikhuna, Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Negeri Sembilan: Abnak Production, Cetakan Kedua, 1423H/2002M.

* diizinkan untuk disebarkan dengan niat memanjangkan amalan dan menta’mimkan manfaat dengan menyebut sumber rujukan demi keberkatan ilmu. Bacalah dahulu Surah Al-Fatihah 1x untuk Rasulullah dan ahli baitih, para sahabat, tabi’in dan tabi’in yang mengikuti jejak langkah mereka sehingga hari kiamat, juga kepada seluruh Auliya’illah, para ulama’, fuqaha’ dan muhaddithin, khususnya kepada masyaikh yang mengajar ilmu dan amalan kepada kita…..AL-FATIHAH.

Disusun oleh:Al-Faqir al-Jani ila Rabbihi al-Qodir al-GhaniMuhadir bin Haji Joll24 Ramadhan 1431H/ 4 September 2010M.
[1] Risalah yang sangat kecil ini mengandungi hanya sebahagian kecil amalan-amalan yang dilaksanakan pada 10 hari dan malam terakhir bulan Ramadhan dari beberapa kitab yang sempat dirujuk di samping beberapa amalan yang Al-Faqir terima daripada beberapa masyaikh. Amalan pada 10 hari dan malam terakhir bulan Ramadhan sangatlah banyak dan tidak terkira seperti yang diamalkan oleh para Salafus Solih danAhlil Azwaq. Setiap amalan ini mempunyai fadhilat/ kelebihan yang tertentu. Semoga kesalahan yang didapati di dalam risalah yang tidak seberapa ini dapat diperbetulkan. “Ya Allah Yang Maha Mengetahui, jadikanlah tulisan ini sebagai amal yang diterima di sisiMu dan sebagai bekalan penyusunnya di hari berjumpa denganMu kelak.” Amin…. Al-Faqir.
[1] Amalan umum dan khusus ini hendaklah dikerjakan ikhlas kepada Allah di samping mengharapkan dapat bertemu dengan Lailatul Qadar.
[2] Tiga perkara ini iaitu (b), (c) dan (d) disebut di dalam hadith dari A’isyah:

كَانَ رَسُولُ اللهِ إِذَا كَانَ رَمَضَانَ قَامَ وَنَامَ، فَإِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ الْمِئْزَرَ وَاجْتَنَبَ النِّسَاءَ وَاغْتَسَلَ بَيْنَ اْلأَذَانَيْنِ وَجَعَلَ الْعَشَاءَ سَحُورًا
“Adalah Rasulullah apabila tiba Ramadhan, Baginda mendirikan ibadah pada waktu malam dan kadang-kadang tidur, lalu apabila masuk 10 yang terakhir (di bulan Ramadhan), Baginda mengikat kainnya, menjauhi isteri-isterinya (tidak menggauli mereka), mandi di antara dua azan (antara waktu Maghrib dan Isya’) dan menjadikan makan malamnya ke waktu sahur.”

[3] Lihat Lampiran: (A).
[4] Lihat Lampiran: (B).
[5] Lihat Khulashoh Syawariq al-Anwar min Ad’iyah as-Sadah al-Akhyar, Al-Arif billah al-Muhaddith, Syaikh Masyaikhuna, As-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, Al-Qahirah: Dar Wahdan, t.t, ms. 60.
[6] Lihat Lampiran: (C).
[7] Anugerah Lailatul Qadar hanya diberikan kepada umat Nabi Muhammad dan tidak diberikan kepada umat-umat terdahulu. Lihat Lampiran: (D).
[8] Lihat di dalam Latho’if al-Ma’arif fima li Mawasim al-‘Am min al-Wazha’if, Imam Ibn Rajab al-Hanbali, ta’liq wa muraja’ah Muhammad al-Iskandarani, Bairut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, Cetakan Kedua, 1416H/1996M, ms. 182.
[9] Lihat Lampiran: (E).
[10] Lihat Lampiran: (F).
[11] Sebahagian ulama’ Syafi’iyyah menukilkan di dalam Al-Umm dari sebahagian dari para ulama’ besar Ahli Madinah yang juga menyetujuinya, yang mana sebahagian dari ulama’ mereka menukilkan dari Ibn Abbas bahawa menghidupkan malam Lailatul Qadarjuga terhasil (terhitung/memadai) dengan solat Isya’ berjemaah dan berazam untuk solat Subuh berjemaah. Imam Malik berkata di dalam Al-Muwaththo’: “Telah sampai kepadaku bahawa sesungguhnya Ibn Al-Musayyib berkata: Sesiapa yang sempat bersama Isya’ pada Lailatul Qadar iaitu sembahyang berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagiannya (pahala dan ganjaran) daripada malam Lailatul Qadar itu.” Begitu juga, Imam Syafi’e berkata di dalam Qaul Qadim: “Sesiapa yang bersama solat Isya’ dan Subuh (iaitu mengerjakan keduanya dengan berjemaah), maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagiannya daripadanya.” (Lihat Latho’if al-Ma’arif, ms. 178)
[12] Lihat Mafatih al-Qurb, Al-Arif billah al-Muhaddith, Syaikh Muhammad Zaki bin Ibrahim, Cetakan Kelapan, 1420H/1999M, ms. 34.
[13] Riwayat Imam At-Tirmizi dengan sanad Hasan, Imam Ath-Thobrani menyebutnya di dalam Al-Aushot dan Al-Kabir. Lihat juga Shahih Targhib wa Tarhib, 1/306.Imam An-Nasa’i menambah selepas يُحْيِي وَيُمِيتُ dengan بِيَدِهِ الْخَيْرُ Beliau (Imam An-Nasa’i) juga menambah: “Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.”Imam Ath-Thobrani menambah: “Dan baginya setiap yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba dari anak Nabi Ismail dengan harga seorang dari mereka 12000...” (Lihat Khulashah Syawariq al-Anwar, ms. 14-15). )
[14] Riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i. Disebut juga oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam 3 kitabnya iaitu Nata’ij al-Afkar, 2/326, Al-Futuhat ar-Rabbaniyyah, 3/69 dan Hidayah ar-Ruwah, 2/472.
[15] Rujuk kaedah-kaedah ini dalam Bughyah ath-Thullab li Murid Ma’rifah al-Ahkam bi ash-Showab, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Dar al-Fikr, t.t, 2/131-132, Al-Jauhar al-Mauhub wa Munabbihat al-Qulub, Syaikh Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Awladuh, t.t, ms. 22-23, Perukunan Sembahyang Melayu, Haji Abdur Rasyid Banjar, Pulau Pinang: Percetakan al-Ma’arif, t.t, ms. 43 dan Tazkirah Ramadhan, Syaikhuna, Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Negeri Sembilan: Abnak Production, Cetakan Kedua, 1423H/2002M, ms. 97-109.

Huraian panjang lebar mengenai hadith-hadith berkaitan bila berlakunya Lailatul Qadarboleh dirujuk dalam Latho’if al-Ma’arif, ms. 169-173, 186-197. [16] Hadith Muslim dari Ubay bin Ka’ab berkata:

وَاللهِ إِنِّي لأَعْلَمُ أَيَّ لَيْلَةٍ هِيَ، هِيَ الَّيْلَةُ الَّتِي أَمَرَنَا رَسُولُ اللهِ بِقِيَامِهَا هِيَ لَيْلُ سَبْعُ وَعِشْرِينَ
“Demi Allah, sesungguhnya aku mengetahui bilakah malam ia. Ia adalah malam yang Rasulullah memerintahkan kita agar membangunkannya dengan ibadah. Ia adalah malam ke dua puluh tujuh.”

[17] Antara peristiwa itu ialah cahaya matahari tidak kuat pada paginya, rasa air laut menjadi tawar, sebahagian Salafus Soleh melihat para Malaikat tawaf di Masjidil Haram, di atas kepala manusia, pelepah tamar sujud, lelaki lumpuh boleh berjalan selepas berdoa, lelaki di Bashrah sembuh dari bisu dan lain-lain. (Rujuk Latho’if al-Ma’arif,ms. 194-195).
[18] Lihat tanda-tanda ini dalam Al-Maj’mu’ Syarh al-Muhazzab, Imam Nawawi, 6/490, Jam’ al-Fawa’id wa Jawahir al-Qala’id, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Auladuh, t.t, ms. 115 danSair as-Salikin fi Thoriqah as-Sadat ash-Shufiyyah, Syaikh Abdus Shomad al-Falimbani, Pulau Pinang: Percetakan Al-Ma’arif, t.t, 1/134.
[19] Jam’ al-Fawa’id, ms. 115 dan Sair as-Salikin, 1/134.
[20] Doa boleh dibaca selepas solat atau di dalam sujud terakhir dalam solat. Harus diingat bahawa doa tidak boleh dibaca dalam Bahasa Melayu ketika dalam solat kerana ia boleh membatalkan solat. Cukup dengan berdoa di dalam hati sahaja.

[21] Faedah:Ini adalah suatu faedah yang sangat penting dalam perkara sembahyang yang melibatkan sembahyang yang jarang disebut di dalam kitab-kitab feqah. Al-Faqirterjemahkan pendapat Hujjah al-Islam, Imam Al-Ghazzali di dalam Ihya’, Bab Ketujuh:Fi An-Nawafil min ash-Sholawat:“Ketahuilah, bahawa selain daripada solat-solat fardhu, ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Sunan (sunat), Mustahabbat (Mustahab) dan Tathawwu’at (Tathawwu’).Apa yang kami maksudkan dengan sunat ialah apa yang dinukilkan daripada Rasulullah bahawa Baginda selalu (muwazhobah) mengerjakannya seperti solat sunat Rawatib selepas solat-solat fardhu, solat Dhuha, Witir, Tahajjud dan lain-lain, kerana sunat (atau sunnah) adalah ‘ibarah (gambaran/perumpamaan) jalan yang selalu ditempuh.Dan apa yang kami maksudkan dengan mustahab ialah yang datang hadith menerangkan keutamaannya dan tidak dinukilkan bahawa Nabi selalu (muwazhobah) mengerjakannya - seperti apa yang akan kami nukilkan tentang solat pada waktu siang dan malam dalam seminggu - dan seperti solat ketika keluar dari rumah dan masuk ke dalam rumah dan lain-lain.Dan apa yang kami maksudkan dengan Tathawwu’ ialah yang selain dari itu, yang tidak datang dari athar, akan tetapi seseorang hamba itu melakukannya kerana mengharapkan pada bermunajat kepada Allah Ta’ala dengan cara solat yang telah diterangkan oleh Syara’ tentang keutamaannya secara mutlak, seolah-olah dia menderma, kerana tidak disunatkan solat itu secara khusus tetapi disunatkan mengerjakan solat itu secara mutlak. Dan tathawwu’ pula adalah ‘ibarah daripada menderma (tabarru’).Dinamakan ketiga-tiga solat tersebut dengan Nawafil, di mana “An-Nafl” ialah pertambahan, kerana jumlahnya menambahkan solat fardhu.” (Lihat Ihya’ Ulum ad-Din, Imam Al-Ghazali, tahqiq Abu Hafhs Sayyid bin Ibrahim, Al-Qaherah: Dar al-Hadith, 1419H/1998M, 1/273).

[22] Perukunan Sembahyang Melayu, ms. 43-44 seperti yang dinukilkan dari kitabNuzhah al-Majalis.Faedah:

Di dalam kitab Jam’ al-Fawa’id, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththani ketika menafsirkan ayat: تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ, beliau berkata:“Kata qil, ‘Ruh’ itu Jibril Alaihis Salam. Kata qil, iaitu ‘Ruh Muhammad’, minta izin akan Tuhannya pada malam itu, dan memberi salam atas segala mukminin dan mukminat, ia mensyafaatkan atas mereka itu. Kata qil, ‘Ruh segala kerabatnya yang sudah mati dahulu’, dan berkata mereka itu: “Hai Tuhanku, izinkan bagi kami, kami turun kepada tempat kami hingga kami lihat akan anak kami dan isi rumah kami.”Maka turunlah mereka itu dan berhenti mereka itu pada tiap-tiap pintu rumah mereka itu, dan berkata mereka itu: “Kamu kasihani akan kami pada malam ini dengan sedekah dan dengan suap makanan. Maka bahawasanya kami sangatlah berkehendak kepadanya. Maka jika kamu bakhil, maka kamu ingatkan kami dengan dua rakaat daripada sembahyang pada malam yang berkat ini. Adakah seorang daripada kamu ingatkan kami? Adakah seorang yang kasihan akan kami? Adakah daripada seorang yang ingat akan dagang kami, hai orang yang duduk pada kampung kami? Dan orang yang berkahwin akan perempuan kami? Dan hai orang yang duduk dalam keluasan ma[h]ligai, dan kami di dalam kepicikan (kesempitan) kubur kami. Dan hai orang yang me[ng]hinakan anak yatim kami, dan yang me[ng]halalkan [h]arta kami, adakah daripada kamu seorang memikir[kan] di dalam dagang kami, dan meluaskan kami di dalam kepapaan kami? Suratan kami sudah tergulung, dan suratan kamu lagi terbuka…”(lihat Jam’a al-Fawa’id, ms. 116).


[23] Perukunan Sembahyang Melayu, ms. 43-44 seperti yang dinukilkan dari kitabIhya’ Ulum ad-Din. Ia dilakukan pada malam 27 Ramadhan kerana pendapat yangrajih (kuat) mengatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam ini.Di dalam kitab Jam’ al-Fawa’id, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththani ketika menafsirkan ayat: تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ, beliau berkata:

“Kata qil, ‘Ruh’ itu Jibril Alaihis Salam. Kata qil, iaitu ‘Ruh Muhammad’, minta izin akan Tuhannya pada malam itu, dan memberi salam atas segala mukminin dan mukminat, ia mensyafaatkan atas mereka itu. Kata qil, ‘Ruh segala kerabatnya yang sudah mati dahulu’, dan berkata mereka itu: “Hai Tuhanku, izinkan bagi kami, kami turun kepada tempat kami hingga kami lihat akan anak kami dan isi rumah kami.”Maka turunlah mereka itu dan berhenti mereka itu pada tiap-tiap pintu rumah mereka itu, dan berkata mereka itu: “Kamu kasihani akan kami pada malam ini dengan sedekah dan dengan suap makanan. Maka bahawasanya kami sangatlah berkehendak kepadanya. Maka jika kamu bakhil, maka kamu ingatkan kami dengan dua rakaat daripada sembahyang pada malam yang berkat ini. Adakah seorang daripada kamu ingatkan kami? Adakah seorang yang kasihan akan kami? Adakah daripada seorang yang ingat akan dagang kami, hai orang yang duduk pada kampung kami? Dan orang yang berkahwin akan perempuan kami? Dan hai orang yang duduk dalam keluasan ma[h]ligai, dan kami di dalam kepicikan (kesempitan) kubur kami. Dan hai orang yang me[ng]hinakan anak yatim kami, dan yang me[ng]halalkan [h]arta kami, adakah daripada kamu seorang memikir[kan] di dalam dagang kami, dan meluaskan kami di dalam kepapaan kami? Suratan kami sudah tergulung, dan suratan kamu lagi terbuka…”(lihat Jam’a al-Fawa’id, ms. 116).


[24] Perukunan Sembahyang Melayu, ms. 43-44 seperti yang dinukilkan dari kitabIhya’ Ulum ad-Din. Ia dilakukan pada malam 27 Ramadhan kerana pendapat yangrajih (kuat) mengatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan