Sabtu, 31 Disember 2011

"Hadiah" Kerajaan Kepada Mahasiswa Sempena Tahun Baru ~2012

Biar gambar berbicara. Saya bimbang jika saya berbicara, saya emosi dan kemarahan lebih membuak-buak. "Hadiah" yang sungguh menarik dari kerajaan

Safwan Anang yang kini berada di hospital Tanjung Malim


darah pejuang yang mengalir. Allah SWT saksi yang tidak akan buta

cukuplah jahitan ini menjadi bukti keganasan

pasca 2012 yang menjadi tirai " AL 'ADALAH " yang bakal bermaharajalela


mereka kata tahun 2012 merupakan tahun kiamat. ya, saya setuju. saya dah lihat tanda-tandanya:

-mahasiswa dibelasah sehingga terlantar koma.
-rakyat bangkit dengan sambutan alternatif tahun baru yang mengumpulkan lebih 80 ribu rakyat di dataran Shah Alam.
-korupsi dari pemerintah yang zalim terbongkar satu persatu.
-apa yang terbuku dihati rakyat kini diluahkan terang-terangan di alam maya, mahupun di kampus.

tiada lagi ketakutan.

JELAS!!! Tahun 2012 ialah Kiamat bagi 'mereka'(malas nak sebut parti apa) ~lu pikir la sendiri!!!

~mahasiswa UIAM


Isnin, 26 Disember 2011

Biar Allah Menjawab Dengan Kalamnya

فَمَا لَكُمْ فِي الْمُنَافِقِينَ فِئَتَيْنِ وَاللَّهُ أَرْكَسَهُم بِمَا كَسَبُوا ۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَهْدُوا مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ ۖ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ سَبِيلًا

"maka mengapa kamu berpecah menjadi dua golongan dalam menghadapi orang-orang munafik, padahal Allah telah mengembalikan mereka kepada kekafiran, disebabkan apa yang mereka lakukan sendiri? apakah kamu bermaksud ingin memberi petunjuk kepada orang yang telah dibiarkan sesat oleh Allah? barangsiapa dibiarkan sesat oleh Allah, kamu tidak akan mendapat jalan untuk memberi petunjuk baginya" Surah An-Nisa':88

وَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ كَمَا كَفَرُوا فَتَكُونُونَ سَوَاءً ۖ فَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ أَوْلِيَاءَ حَتَّىٰ يُهَاجِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ وَجَدتُّمُوهُمْ ۖوَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

"dan sebenarnya golongan munafik itu, mereka ingin kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir(menyimpang dari ajaran Allah SWT). maka, janganlah kamu jadikan dari antara mereka sebagai teman-temanmu, sebelum mereka kembali kepada jalan Allah SWT. apabila mereka berpaling, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka dimana pun mereka kamu temukan, dan jangan kamu jadikan seorang pun diantara mereka sebaga teman setia dan penolong kamu" Surah An-Nisa:89

إِلَّا الَّذِينَ يَصِلُونَ إِلَىٰ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُم مِّيثَاقٌ أَوْ جَاءُوكُمْ حَصِرَتْ صُدُورُهُمْ أَن يُقَاتِلُوكُمْ أَوْ يُقَاتِلُوا قَوْمَهُمْ ۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَسَلَّطَهُمْ عَلَيْكُمْ فَلَقَاتَلُوكُمْ ۚ فَإِنِ اعْتَزَلُوكُمْ فَلَمْ يُقَاتِلُوكُمْ وَأَلْقَوْا إِلَيْكُمُ السَّلَمَ فَمَا جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ عَلَيْهِمْ سَبِيلًا

"kecuali orang-orang yang minta perlindungan kepada suatu kaum, yang antara kamu dan kaum itu telah ada perjanjian damai atau orang yang datang kepada kamu dan tidak punya keinginan untuk memerangi kamu atau memerangi kaumnya. sekiranya Allah menghendaki, nescaya Allah boleh sahaja memberi kekuasaan kepada mereka untuk memerangi kamu dan secara kebiasannya sudah pasti mereka akan memerangi kamu. namun jika mereka membiarkan kamu dan tidak memerangi kamu, bahkan menawarkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak memberi jalan bagimu untuk menawan dan membunuh mereka"
Surah An-Nisa':90

jangan gaduh-gaduh (^_^)

Renung-renungkan dan harmonikan dalam pemikiran. Komen ringkas saya, banyak bezanya antara golongan munafik dan golongan bukan Islam. Persoalan saya, berdasarkan situasi di Malaysia sekarang ini, berteraskan ayat di atas, anda nilai... Golongan mana yang boleh kita bersama dan golongan mana yang lebih prior kita perangi. Kalam Allah tidak pernah mengecewakan. Anda lebih bijak menilai.

Akhir kalam, saya suka ingin menutup post ini dengan sedikit perkongsian analogi dari Ust Hazmi Dibok. Jika anda benar-benar mengikuti perkembangan semasa, saya yakin anda faham apa yang ingin saya sampaikan.

Seorang teman pernah berkata:

"berbilang kumpulan dakwah itu seumpama bahtera-bahtera yang sedang berlayar menuju ke pulau impian yang satu. jika ada mana-mana bahtera kecil atau yang besar karam dek terlanggar batu karang atau di pukul ombak ganas, penumpangnya boleh menumpang bahtera yang selamat. kalau ada satu sahaja nanti semua mati lemas.." bernas juga misalan itu. namun pesanku, "berlayarlah elok-elok agar jangan sampai bahtera pecah kerana terlaga sesama sendiri.."

Ahad, 18 Disember 2011

Easy VS Difficult...

Easy is to judge the mistakes of others
Difficult is to recognize our own mistakes

Easy is to talk without thinking
Difficult is to refrain the tongue

Easy is to hurt someone who loves us.
Difficult is to heal the wound

Easy is to forgive others
Difficult is to ask for forgiveness

Easy is to set rules
Difficult is to follow them

Easy is to dream every night
Difficult is to fight for a dream

Easy is to show victory
Difficult is to assume defeat with dignity

Easy is to admire a full moon
Difficult to see the other side


Easy is to stumble with a stone
Difficult is to get up

Easy is to enjoy life every day
Difficult is to give it real value

Easy is to promise something to someone
Difficult is to fulfill that promise

Easy is to say we love
Difficult is to show it every day and istiqamah

Easy is to criticize others
Difficult is to improve oneself

Easy is to make mistakes
Difficult is to learn from them

Easy is to think about improving
Difficult is to stop thinking it and put it into
action

Easy is to think bad of others
Difficult is to give them the benefit of the
doubt

Easy is to receive
Difficult is to give

Easy is to read
Difficult is to follow it

Easy is to keep a friendship with words
Difficult is to keep it with meanings

Easy is to say we dream for syahid fi sabilillah
Difficult is to remove our blanket when Subuh prayer comes

Easy is to say we love Rasulullah SAW
Difficult is to express it consistently

Isnin, 14 November 2011

Anda Bukan Lagi Pelajar Sekolah Menengah, Anda Pra Mahasiswa!

Anak muda masing-masing sudah tersedar daripada lamunan tidur mereka. Mereka sudah sedar akan peri pentingnya aqidah perjuangan perlu dimantapkan, ukhwah islamiyah perlu dijalinkan, tarbiyyah diri perlu dipasakkan, dan fikrah perlu diperkukuhkan. Tanpa itu semua, mana mungkin harapan untuk melihat Islam tertegak di tanah air akan tercapai.

“lihatlah dunia, kamilah anak muda dan kamilah khalifah yang akan menjadi Ansarullah, tegar membentengi Islam daripada terjahan musuh. Dan akan kami bayar harga perjuangan itu dengan kemenangan atau sebagai syuhada’.”


Alhamdulillah, semangat itu berjaya saya tiupkan kepada adik-adik pra mahasiswa tingkatan 6 rendah SMKA Sheikh Haji Mohd Said pada hari sabtu dan ahad yang lalu. Terima kasih kepada pihak sekolah dan pihak konsultan yang menguruskan kerana menjemput saya untuk mengendalikan seterusnya menjayakan beberapa slot di dalam program kepimpinan pelajar tingkatan 6 baru-baru ini.


ANDA BUKAN LAGI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH. ANDA PRA MAHASISWA!!!

Meskipun anda berada dan menuntut di institusi bernama sekolah, namun ini tidak bermakna anda kena hanyut dengan aliran pemikiran pelajar sekolah. Anda kena bangkit lantas celik bahawa anda kini bukan lagi pelajar sekolah menengah. Anda pra mahasiswa! Jiwanya anak muda. Pemikirannya matang dan dewasa. Pendiriannya tertegak berpaksikan hujah dihiasi syariat. Inilah pra mahasiswa. Hikmah Allah letakkan anda ditingkatan 6 sangat cantik saya kira. Kerana Allah hendakkan anda menjadi agen dakwah dan qudwah kepada adik-adik bawah yang anda sayangi. Anda sudah pasti ada kredibilti yang tidak mampu di “deny” oleh adik-adik bawah anda, iaitu kredibiliti umur. Kata-kata hikmah anda, akhlak hasanah anda, sudah pasti meransang dan mudah diikuti oleh golongan yang lebih muda dari anda. Sesungguhnya, sangat cantik pelan dan perancangan Allah untuk membantu anda menjadi seorang pra mahasiswa seterusnya seorang Muslim yang iqamatuddin wa siasatud dunya bih- mendirikan agama dan mentadbir dunia dengan agama.

Suka untuk saya berkongsi cara yang saya gunakan sewaktu mengendalikan slot untuk memasang dan meniup doktrinisasi bahawa mereka adalah seorang pra mahasiswa. Saya selalu memujuk hati dan berpesan pada mulut saya sebelum berbicara dengan peserta, agar tidak membahasakan mereka ketika mengendalikan slot dengan panggilan “adik-adik”. Malah saya lebih prefer untuk membahasakan mereka dengan panggilan “sahabat-sahabat”. Alhamdulillah, ternyata kaedah ini sangat berkesan. Mereka lebih selesa untuk memberi reaksi dan respon seterusnya membina potensi diri untuk kehadapan dan bertindak sebagai seorang pra mahasiswa. Jika satu ketika dahulu, Sultan Murad selalu memanggil anaknya Muhammad dengan gelaran Al Fateh, maka lihatlah bagaimana kuasa doktrinasi kata-kata mampu memangkin hamasah dan menggalakkan input dan output power system itu berfungsi aktif.


Ya! Mengapa saya menggunakan perkataan “sahabat-sahabat”. Mengapa tidak “khalifah-khalifah”, “mahasiswa-mahasiswi”. Sedangkan gelaran itu lebih besar dan gah namanya. Jawapan saya, kerana anda adalah PRA MAHASISWA dan saya MAHASISWA. Kita serupa dan sangat berkait rapat. Sangat mencabar kerana pentingnya seorang pengendali slot menunjukkan bagaimana seorang mahasiswa berfikir, bersuara dan bertindak. Apabila sudah berjaya grab perhatian mereka dengan kredibiliti anda, turunkan darjat anda dan bersama berada didalam dunia mereka. Buangkan segala persepsi bahawa anda adalah seorang pengendali slot dan mereka seorang peserta. Gunakan bahasa yang mereka rasa senang dan tiada jurang. Beri mereka harapan sekurang-kurangnya mampu menjadi seperti anda atau lebih baik dari anda. Percaya cakap saya. Reaksi mereka dalam tangan anda dan secara automatik mereka akan kenal siapa diri mereka seterusnya mereka sendiri akan berjaya “mengeluarkan singa dari badan mereka”. Terima kasih Abg Muaz Abdul Hamid atas cetusan idea pendekatan yang menarik.


BEKERJA SEBAGAI SEORANG RAKYAT, BERFIKIR SEPERTI SEORANG PEMIMPIN

Meskipun bukan dari kalangan anda yang menjadi pimpinan tertinggi di sekolah, namun ini tidak bermakna tanggungjawab memimpin itu dipandang enteng oleh anda. Biarpun Presiden BADAR, Ketua Umum sekolah dilantik dari kalangan pelajar tingkatan 5(lebih muda dari anda), anda harus setkan dalam pemikiran anda, bahawa anda masih punya tanggungjawab dalam menjana bi’ah solehah di institusi anda. Membina territory yang baik itu bukan tanggungjawab pimpinan sahaja. Bahkan sumbangan idea dan tenaga rakyatlah yang menjadi tonggak keberjayaan sesuatu gagasan. Jika anda ada idea yang bernas dan lebih efektif, salurkanlah pada pimpinan anda. Sebab itu, wajarnya anda berfikir seperti seorang pemimpin. Kerana tahap pemikiran anda sudah pasti berbeza dari yang lebih muda dari anda. Sinergi rakyat dan pimpinan akan menatijahkan gelombang yang mempunyai frekuensi luar biasa.

Perjuangan perlu diteruskan. Kerana kita adalah anak panah dari anak panah-anak panah Islam. Yang jika dituju pada mana-mana sasaran, akan pasti menerobos musuh dan meninggalkan kesan yang mendalam pada musuh. Moga-moga, kata-kata ini akan terus bertiup kencang dalam jiwa-jiwa kita:

“lihatlah dunia, kamilah anak muda dan kamilah khalifah yang akan menjadi Ansarullah, tegar membentengi Islam daripada terjahan musuh. Dan akan kami bayar harga perjuangan itu dengan kemenangan atau sebagai syuhada’ ”


Khamis, 10 November 2011

Learn To Appreciatte And Say Thank You

Kata HAMKA:

"lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"

وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ ۚ وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ الْإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ

"dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya" (Surah Ibrahim - 34)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

"wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya" (Surah Al Baqarah - 172)


(2) إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا
(إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا (3

"sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang bercampur. Kami hendak mengujinya dengan beban perintah dan larangan. Kerana itu kami jadikan ia mendengar dan melihat. Sesungguhnya kami telah menunjukinya jalan yang lurus: Ada yang bersyukur, namun ada pula yang kafir" (Surah Al Insan 2-3)


فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

"maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh" (Surah An Naml - 19)


sometime we forget to appreciate. we always forget. just think about it. we just a servant and we hoping for ni'mah from Allah. WITHOUT ALLAH, WE ARE NOTHING

say THANK YOU ALLAH

Rabu, 19 Oktober 2011

Transisi Itu...

Alhamdulillah. Menghirup kembali udara segar di laman sendiri. Jujurnya sudah lama saya sendiri tidak bertandang kesini. Memandangkan kini saya berada di medan juang yang baru, di tempat yang baru. Semuanya serba-serbi baru. Masih dalam proses untuk mengadaptasi persekitaran dan tanggungjawab. Karya saya seperti yang pernah saya khabarkan dahulu, Alhamdulillah juga progressing well. Saya menjangkakan tahun depan akan published insyaAllah. Nantikan kemunculannya. InsyaAllah, saya menjanjikan kelainan berbanding mana-mana karya penulisan yang anda pernah baca sebelum-sebelum ini. Doa kalian amat saya harapkan.

Sidang pembaca sekalian,

Pada post kali ini, saya terdetik nak kongsikan bersama sidang pembaca sekalian tentang isi kuliah Ust Azhar Idrus di Cenderawasih, Kuantan pada Isnin yang lalu. Alhamdulillah, saya bersama geng usrah saya yang lain sempat bertandang kesana. Terima kasih kepada jutawan dinar dan emas kerana sudi menjadi driver kepada kami seusrah. Tidak cukup sekadar itu, terima kasih juga kerana sudi menjadi mangsa "poket bocor" kami untuk menunaikan ibadah berbuka puasa di sebuah restoran seafood. Tom yam dan ikan siakap bakar yang menyengat itu sudah pasti menyegarkan mata yang bakal lagi segar dengan jenaka Ust Azhar Idrus.

suasana yang telah diramal. ~melimpah

Sesampainya disana, kami sudah mula tersenyum sesama sendiri kerana sudah menjangka fenomena ini bakal berlaku. Berkata salah seorang adik beradik usrah saya, taraf Ust Azhar ni dok leh buat kat sejid-sejid dah. Taraf die kena buat kat stadium paling kurang. Kami masih terus tersenyum sesama sendiri kerana mengenangkan nasib kondisi tempat duduk yang bakal diterima. Dan mungkin juga tak dapat duduk lansung. Alhamdulillah. Inilah hikmahnya ada adik beradik dalam usrah. Idea yang sangat out of the box berjaya dihasilkan. Kesudahannya semua adik beradik usrah dapat duduk, plus view kepada penceramah sangat cantik. Di mana kami duduk? Hehe. Tangga laluan ke ruang solat muslimat menjadi mangsa kami. Biar orang pelik tengok sekalipun. Memang logik akal kami, kalau ada muslimat nak lalu pun, tak yah sebut tangga yang kami duduk, nak lepas pintu masuk pun belum pasti lepas memandangkan dipenuhi kaum muslimin.

view dari tangga ke ruang solat muslimat

Selesai cerita bab tempat duduk, kita pergi kepada apa pengisian yang disampaikan oleh Ust Azhar. MasyaAllah. Mensyarahkan tajuk kematian dan kain kafan. Sangat menyentap hati walaupun dalam keadaan ada jenaka yang beliau selitkan. Saya sangat perasan jenaka beliau, lucu, tapi sangat tepat dan berisi. Kata beliau:

"saye beri contoh ada sorang ni name die, mamat. jadi orang akan panggil pok mat. dia belilah baju kot mahal sekalipun, nama dia tetap orang akan panggil mamat atau pok mat. mung pakai la baju manchester united ke, polo ke, allion deon ke, orang akan tetap panggil mung mamat atau pok mat. TAPI.. bila mung mati.. bila dikafankan kamu.. orang dok kabo doh.. hei-hei bawok turung mamat atau pok mat tuh.. kito nak kebumi dah die.. TAPI.. orang akan kabo.. hei-hei bawok turung JENAZAH tuh.. kito nak kebumi dah.."

MasyaAllah. Sungguh benar MAUT itu ada keizzahannya yang tersendiri. Pakaian yang bersangkut-paut dengan mati juga turut menyarung izzah yang dibawa oleh satu perkataan yang bernama MAUT. Saat kita dikafankan, bukan sekadar isteri, anak-anak, harta benda yang menjadi peninggalan kita. Bahkan yang paling dekat dengan kita iaitu nama kita sendiri, turut tercabut juga dari jasad kita. Hanya yang tinggal sekujur jasad yang bernama JENAZAH.

Sangat berkait rapat. Awal pagi sabtu yang lalu, saya dikejutkan dengan pemergian seorang mujahidah yang banyak menabur jasa dalam menghidupkan tarbiyyah pada diri dan ummah. Allahyarhamah Ukhti Nordiyana Nordin. Usia yang sangat muda dan baru setahun lebih mendirikan rumahtangga. Mempunyai juga seorang puteri yang comel yang baru genap 5 bulan pada sabtu yang lalu, yang juga bersamaan dengan hari pemergian ibundanya. Semoga dirimu anak kecil sekuat dan setabah ibundamu kelak dalam menggenggam bara demi melihat Islam tertegak. Al Fatihah buat Allahyarhamah Ukhti Nordiyana Nordin.

CUKUPLAH KEMATIAN SEBAGAI MUHASABAH TERBAIK

BUAT MEREKA YANG HIDUP.

Sambung. Dan banyak lagi, isi-isi yang disampaikan oleh Ust Azhar. Antaranya secara ringkas berkaitan dengan lafaz cerai, tanggungjawab suami kepada isteri yang duduk berjauhan, perihal wasiat dan lain-lain. Mungkin tidak sempat untuk saya kongsikan kesemua isi kuliah Ust Azhar Idrus yang saya dengar baru-baru ini. InsyaAllah jika berkesempatan, saya akan kongsikan secara rasmi mahupun tidak rasmi disini, InsyaAllah.

Alhamdulillah dalam pukul 10 kami bertolak dari sana untuk pulang ke mahallah. Malangnya, sekali lagi, Pok Nik a.k.a jutawan dinar dan emas menjadi mangsa. Jika tadi "poket bocor" tapi kali ini, "poket terburai" pula. Jika pergi tadi 5 orang, on the way balik bertambah jadi 10 orang pula. Asyrafuddin a.k.a syrup pula membawa geng menumpang kebahagiaan kami. Semoga bertambah kayalah Pok Nik kita selepas-selepas ni atas kemurahan hatinya menginfakkan harta demi kebajikan kami. Huhu. Jangan risau naqibku. Di kala mereka order capuccino blended, mocha blended, dan laichi kang, saya hanya order teh o ais limau. Kerana anak usrahmu sangat memahami dirimu. Huhu.

Wallahu a'lam. Sebagai penutup, saya ingin berpesan kepada diri seterusnya kepada sidang pembaca sekalian,

"nyalakanlah Islam dalam dirimu, nescaya ianya akan bersinar menerangi ummah seterusnya menyinari bumi ini dengan pancaran nur Islam yang gah"

"banyakkanlah mengingati mati kerana sesungguhnya kita sentiasa berada di track itu. dan track itu adalah transisi kepada kematian"

Ahad, 18 September 2011

Soften Your Heart - Sheikh Soleh Al Maghamsi

video

hayati dan selami, moga Allah buka pintu hati, lantas melembutkan hati

Khamis, 18 Ogos 2011

Ramadhan Memacu Momentum Berkualitas

إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى ۗ وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَ ۗ
وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيم

“kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negeriNya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” Surah At Taubah - 40

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَ‌ٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

“pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat; dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam), yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui” Surah At Taubah - 41

JIKA KAMU ENGGAN

Di dalam ayat ke 40, Allah SWT telah memberikan penegasan bahawa jika tidak ada yang mahu menjadi penolong agama Allah dan perjuangan Nabi, maka Allah pasti akan menolong Rasulullah SWT dengan kekuatan dan qudrah yang tidak terlawan dan terbayang dek manusia. Di hujung ayat ke 40, Allah telah memberikan janji dan kepastian kepada seluruh pejuang agama bahawa Allah pasti akan menjulang tinggi kalimah Allah yakni Islam dan Allah pasti akan mengalahkan seruan kufur dan syirik. Walaupun kemenangan itu lambat tiba, namun ia sesuatu yang pasti. Kebatilan itu tampak kuat namun ia tidak akan kekal. Kebenaran itu tampak lemah namun ia mendapat jaminan nusrah dan keteguhan dari Allah SWT.

Dr Hamka telah menjelaskan juga bahawa ayat ke 40 ini adalah ayat yang jelas turun untuk menjelaskan kedudukan Saiyyiduna Abu Bakar sebagai umat nombor satu di sisi Rasulullah SAW. Ayat ini juga menggambarkan betapa mendalamnya cinta dan kasih Abu Bakar terhadap Rasulullah SAW yang tergambar melalui keresahan dan kerisauan beliau terhadap keselamatan Rasulullah SAW sewaktu mereka berdua bersembunyi di dalam Gua Tsur sehingga terpaksa ditenangkan oleh Rasullah SAW serta diperteguhkan keyakinannya kepada pertolongan dan nusrah dari Allah SWT.

WAJIB BERJUANG SAMADA BERAT ATAU RINGAN

Allah SWT dalam ayat berikutnya menjelaskan bahawa kita wajib berjuang melaksanakan perintah jihad samada dalam keadaan ringan ataupun berat.

Berikut saya nukilkan beberapa tafsiran “ringan ataupun berat” sepertimana dalam ayat 41 Surah At Taubah, menurut pandang sisi ulama’. Menurut Imam Mujahid maksud ringan ialah kaya dan maksud berat adalah miskin sedangkan Imam Al Hasan menafsirkan ringan dengan maksud muda dan berat sebagai tua.

Zaid bin Ali dan Al Hakam bin ‘Utbah pula memberi erti ringan ialah tidak banyak urusan yang merintangi dan berat adalah banyak urusan yang merintangi.

Menurut Zaid bin Aslam pula, ringan ialah yang belum berkeluarga dan berat ialah yang telah banyak tanggungan keluarga. Menurut Ibnu Zaid pula, ringan ialah orang yang tidak mempunyai harta benda, manakala berat ialah orang yang mempunyai banyak harta sehingga begitu payah dan susah untuk meninggalkannya.
Ayat yang ke 41 juga menjelaskan juga bahawa wajib kita mengorbankan harta dan nyawa dalam menegakkan agama Allah. Allah juga memberikan jaminan bahawa orang yang mengorbankan harta dan nyawa pada jalan Allah SWT telah melakukan satu tindakan yang mengundang rahmat dan redha Allah.

Kebetulan, saya teringat, baru-baru ini saya ada menonton sebuah filem Hindustan yang cukup menarik. Kronologinya tidak lari dari satu peristiwa yang berlaku di Malaysia Julai lalu. “Chillar Party”. Sebuah filem yang sangat menarik dan penuh motivasi saya kira. Filem ini menampilkan sebuah kumpulan kanak-kanak yang bernama “Chillar Party”, yang berusaha keras dan luar biasa menuntut hak agar pihak kerajaan memberi sijil NOC kepada seekor anjing dan dalam masa yang sama, dimata seorang menteri ketika itu, anjing itu dianggap jijik dan mencetuskan huru-hara dalam kalangan masyarakat. Gara-gara si menteri itu merasakan dengan beliau memainkan dan memenangi isu anjing ini, beliau akan di anggap hero dimata masyarakat lantas mempunyai peluang untuk memenangi pilihanraya akan datang.


Namun, menteri itu terlupa akan luar biasanya kuasa berjemaah, tadhiyyah dan intelektualisme anak muda serta masyarakat. “Chillar Party” merasakan perkara ini perlu mendapat perhatian masyarakat bagi mereka meramaikan lagi penyokong yang menyokong tuntutan mereka. Lantas mereka merencanakan demonstrasi luar biasa yang bertemakan warna “putih”. Hasilnya, demonstrasi tersebut berjaya mendapat perhatian media dan secara automatik membuka mata masyarakat mengenai tuntutan mereka.

Apa yang saya nak kaitkan filem ini dengan post saya kali ini adalah pada 1 watak yang ada dalam filem ini. Watak tersebut adalah “Second Hand”. Mungkin kalian pelik dengan nama-nama yang ada dalam filem ini. Namun inilah hakikat keunikan cerita ini. Sebenarnya “Second Hand” ini, bukanlah nama sebenar budak itu. Itu hanya gelaran yang beliau dapat dari sahabat sekumpulan beliau. Beliau digelar “Second Hand” kerana, dalam hidup beliau, apa yang beliau pakai dan guna, semuanya adalah warisan dari abangnya. Baju sekolah, seluar, kasut dan kelengkapan lain, semuanya adalah “Second Hand”.


Jadi, dengan itu, beliau bertekad untuk mengumpul duit sendiri untuk membeli segala kelengkapan baru agar beliau tidak lagi digelar “Second Hand”. Ketika wang hampir cukup untuk membolehkan beliau membeli segala kelengkapan baru, Chillar Party juga memerlukan sejumlah wang untuk memudahkan gerak kerja mereka menyampaikan tuntutan. Beliau juga dalam masa yang sama merupakan ahli yang bekerja untuk menyampaikan tuntutan pada pihak kerajaan, merasakan perjuangan lebih memerlukan duit tersebut. Lantas beliau menginfakkan kesemua wang beliau untuk perjuangan menuntut hak. Meskipun berat, namun demi memenangkan perjuangan, beliau rela bangkit samada dalam keadaan ringan ataupun berat.

Banyak lagi moral yang boleh kita dapat dari filem ini khususnya untuk aktivis dakwah. Saya cadangkan anda tonton sendiri filem ini. Dalam filem ini, isunya remeh tapi mampu menggegar dunia. Tapi saya pelik, di negara kita, isu besar lagi jelas pun pihak berkuasa tidak boleh buka mata. Sudah jelas pun tidak mahu di ambil tindakan. Suara rakyat pula dianggap sebagai sampah. Saya kira satu sahaja puncanya. Kata ustaz saya, semua ini kerana masyarakat mahupun pimpinan meletakkan “khauf” pada manusia dan bukannya “khauf” dan “khashyah” pada Allah. Mereka takut manusia cemuh, mereka takut manusia menggulingkan legasi dan kroni zalim mereka. Sedangkan yang paling baik pada pandangan Allah SWT adalah mereka yang bertaqwa. Mereka yang berusaha memimpin negara dengan penuh ketaqwaan dan rasa takut pada Allah. Mereka yang berusaha mengharmonikan negara dengan warna warni Islam. Kerana sungguh benar Islam itu bersifat ‘alamiyyah.

Dan perlu kita ingat juga, Islam itu juga bersifat inqilabiyyah. Dan sememangnya pasti, kejahilan itu akan terkubur dan Islam itu akan kembali dijulang di persada dunia. Jadi, kita tidak boleh bergoyang kaki lagi. Kita kena bangkit samada ringan ataupun berat, kaya ataupun miskin, muda ataupun tua. Ramadhan bukan bermakna berhenti berjuang. Ramadhan bermakna bermulanya perjuangan. Perang yang pertama berlaku adalah pada bulan Ramadhan. Jadi, mengapa tidak kita memulakan langkah kita mulai sekarang untuk cetuskan momentum kemenangan Islam dimuka bumi Allah SWT. Momentum bukan sebarang momentum, tetapi momentum yang outstanding sifatnya dan mempunyai nilai tambah berupa istiqamah. Inilah momentum yang lahir dari tarbiyah bulan yang mulia. Kerana...

"RAMADHAN MEMACU MOMENTUM BERKUALITAS"

Berikut saya nukilkan sekali lagi post "Ramadhan Power, Jihad Pun Kena Power". Wallahu a'lam

Isnin, 25 Julai 2011

Anda Mampu Mengubahnya...

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka" Surah Ar-Ra’d - 11

PERUBAHAN
. Ayat diatas sangat bersangkut-paut dengan satu konsep yang dinamakan perubahan. Manusia sentiasa menginginkan perubahan daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. Itu fitrah. Dari yang miskin, menginginkan untuk menjadi kaya. Dari yang jahil, menginginkan untuk menjadi 'alim dan bermacam-macam lagi bentuk perubahan. Dalam pelayaran merealisasikan perubahan tersebut, kadangnya kita terlalu mengharapkan perubahan itu, berlaku dengan sendirinya berbanding berusaha keras merealisasikannya. Jika itu benar, maka ayat ini seharusnya dianalisis untuk menyedarkan kita bahawa perubahan yang sebenar memerlukan tindakan daripada kita sebelum Allah mengubahnya dengan kuasaNYA.

Firman Allah yang lain:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

"wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah, Allah akan menolong kamu dan menetapkan kedudukanmu" Surah Muhammad - 7

Jika kita meneliti secara mendalam ayat ini, kita akan mendapati bahawa sebelum datangnya pertolongan Allah, kita terlebih dahulu harus bekerja keras menolong agama Allah. Walaupun sebenarnya Allah tidak memerlukan pertolongan kita untuk memenangkan agamaNYA, namun usaha kita menjadi salah satu asbab turunnya pertolongan Allah.

Jika dikaitkan dengan ayat ke 11 Surah Ar-Ra’d tadi, kita seharusnya memahami bahawa untuk mencapai sesuatu perubahan yang baik dan disertai dengan pertolongan Allah, kita terlebih dahulu harus berusaha ke arahnya dan tidak hanya menunggu bulan jatuh ke riba.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Frasa-frasa melayu ini cukup cantik dan cukup baik dalam menggambarkan kesungguhan kita untuk mencapai sesuatu secara serius. Usah kita hanya berkata-kata tentang perubahan dan mengharapkan sesuatu yang luar biasa terjadi tanpa diduga tanpa sebarang usaha yang kita lakukan.


Menjadi satu obligasi buat kita untuk bekerja keras jika inginkan satu perubahan. Perubahan yang bagaimana? Ya! Perubahan ke arah yang lebih baik. Dari sekularisme kepada Islam total. Dari kerajaan yang zalim, kepada kerajaan yang BERSIH dan ADIL. Itulah islah namanya. Selain itu, tidak terlepas juga dalam meningkatkan prestasi akademik, menggemilangkan generasi rabbani, meningkatkan kualiti hidup dan pendapatan, menambah tsaqafah dan macam-macam lagi.

Ingatlah sebuah hadith Nabi SAW yang mengatakan tentang seseorang yang mengatakan "umat hari ini telah rosak", padahal orang yang mengatakannya itulah yang paling rosak. Maka janganlah kita menjadi salah seorang daripadanya yang hanya duduk santai dan bercerita tentang kerosakan dan kebobrokan, sedangkan tiada usaha langsung untuk memperbaiki kerosakan tersebut.

Tidak ketinggalan juga Bulan Ramadhan yang bakal kita tempuhi tidak lama lagi. Bulan yang penuh dengan kemuliaan. Bulan yang dianjurkan Allah untuk umat Islam menggarab peluang menjalankan tugas mereka sebagai hamba Allah. Jika kita menjalankan tugas sebagai seorang hamba yang taat di bulan yang barakah ini, nescaya kita akan "grad" dari madrasah Ramadhan ini dengan transformasi dan perubahan yang hasanah insyaAllah. Tidak terlepas juga dibulan yang lain. Menjadi hamba Allah yang taat adalah anjuran buat kita di setiap detik.

Ya! Mengapa saya highlightkan perkataan hamba Allah disitu? Kerana dengan kita memahami apa erti sebenar perhambaan dan pengabdian, nescaya tidak akan ada saat mahupun detik yang berlalu, melainkan terlazimnya zikir dan ibadah kepadaNYA. Maka dengan mudahlah datangnya pertolongan Allah dalam setiap perubahan baik yang kita hajatkan.

PRU-13 juga kian menghampiri. Namun apakah perubahan kita pada PRU kali ini? Adakah kita masih mahu ditakuk yang lama? Saya yakin anda juga mengimpikan legasi kepimpinan yang BERSIH dan ADIL.

jadi, berubahlah demi masa depan negara!!!

Khamis, 23 Jun 2011

Menunaikan Obligasi Juga Perlu Strategi

Diriwayatkan daripada Saiyyiduna Abdullah ibn Amr r.a, katanya, seseorang telah bertanya Rasulullah SAW:

"Apakah sifat yang paling baik dalam Islam?" Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Memberikan makanan serta menyebarkan salam samada kepada orang yang engkau kenali atau tidak kenal"
-riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim-

Hadis di atas saya petik dari sebuah kitab bertajuk "100 Mutiara Hadis" karangan Mohd Sofwan Amrullah terbitan Pustaka Ilmi. Bukanlah saya orang yang faqih dalam membedah dan mentafsir hadis tapi tujuan saya menulis dan cuba menghuraikan serba sedikit dari ilmu kurniaan Allah SWT kepada saya yang sangat sedikit ilmu ini, adalah kerana untuk menjadikan ianya sebagai tazkirah buat saya terlebih dahulu. Di samping rasa ingin mengasah minda dan bakat menulis dengan harapan tulisan saya ini akan ditimbang dengan darah para syuhadak di akhirat kelak.

Rasulullah SAW pernah menyebut di dalam sebuah hadis yang sahih bahawa Islam itu akan luntur dari jiwa umatnya seperti pakaian yang luntur dan lusuh warnanya akibat lama dipakai. Menjadi kewajipan sekalian umat Islam menjalankan tugas memelihara agama dan menjaganya dengan dakwah dan apa jua cara yang dibenarkan syariat. Tidak kiralah kepada Muslim dan non Muslim. Usaha dakwah perlu giat dan mengecapi momentum padu bersifat parallel. Bukan kepada Muslim sahaja. Tidak "universal"lah Islam jika bertumpu pada setengah kaum dan agama sahaja. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperkuatkan dan memperteguhkan para muslim dengan pegangan aqidah dan amalan Islam yang sohih.

Seluruh pendokong kerja dakwah dalam kalangan masyarakat pada hari ini harus lengkap melengkapi, bahu membahu dan sempurna menyempurnakan antara satu sama lain. Bila kita menyempurnakan lompang yang berlaku dalam jamaah, maka bersyukurlah Allah memilih kita untuk kemuliaan itu. Bukannya mengambil satu pendekatan memperlekehkan atau menghentam individu atau "kumpulan" yang tidak melaksanakan apa yang kita buat.

MEMBERIKAN MAKANAN


Dalam hadis di atas, Rasulullah SAW telah menerangkan sifat Mukmin yang baik. Kader dakwah dan pendokong Islam harus memiliki sifat yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW tadi. Imam Hassan Al Banna telah menggariskan satu panduan penting kepada para kader dakwah dan setiap individu Muslim agar melaksanakan tugas membentuk peribadi dan syakhsiah Muslim sebagai anak tangga pertama untuk mencapai agenda tertubuhnya kembali khilafah dan daulah payungan wahyu Ilahi.

Antara sifat mukmin sejati yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis di atas ialah memberi makan samada kepada fakir miskin, musafir, tetamu, sahabat, keluarga, kerabat, muslim mahupun kafir.

Inilah bukti kejernihan jiwa seorang mukmin itu serta keperihatinannya terhadap permasalahan dan kesusahan yang menimpa manusia yang berada di sekelilingnya. Ia tidak mementingkan perutnya sahaja, bahkan senantiasa memikirkan hal mereka yang tidak bernasib baik sepertinya.

Menjadi kesukaan Rasulullah SAW untuk makan beramai-ramai di dalam setalam hidangan makanan. Berkongsi makanan adalah sunnah Baginda SAW yang sangat istimewa dan agung. Kitab seumpama "Syamail Muhammadiyyah" karangan Al Imam Al ‘Allamah At Timiziy rahimahullah telah menggambarkan dengan begitu baik sekali akan sifat dan kesukaan Rasulullah yang kita sedang perkatakan ini.

Abu Hurairah r.a telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW senantiasa melayani ahlus suffah (sahabat yang miskin yang tinggal di masjid Rasulullah SAW) dengan menikmati makan malam bersama mereka dan mendoakan mereka.

MENYEBARKAN SALAM


Kalimah salam adalah kalimah persaudaraan dan pertalian aqidah yang tersimpul dengan sekejap. Di dalam hadis di atas, Rasulullah SAW telah menyuruh kita mengucapkan salam kepada orang yang kita kenal atau kita tidak kenal. Dengan sendirinya, hasil dari perbuatan mulia ini, terjalinkan ikatan perkenalan dan seterusnya menumbuhkan bibit-bibit kasih sayang yang berkekalan sehingga ke akhirat atas nama Islam dan syahadatul haq.

Di dalam doa selepas solat tarawih yang kita aminkan Ramadhan yang lalu dan bakal menjelang tak lama lagi, ada antara doa yang dibacakan imam:

"Jadikan kami sekalian sama-sama berjalan di bawah panji-panji Nabi kami Muhammad SAW.” Bermula dengan ikatan ukhuwwah fillah dan berakhir dengan bersama-sama seiring Rasulullah SAW di akhirat."

Bermanis wajah juga disyaratkan untuk kita lakukan sesama mukmin dan tidak terkecuali juga untuk yang bukan Muslim, zimmiy khususnya. Rasulullah telah menyamakan bermanis muka bila bertemu sesama Mukmin itu dengan mendapat pahala seperti bersedekah harta pada jalan Allah SWT. Manakala bermanis wajah kepada non muslim itu adalah antara jalan untuk mendekati mereka dan juga secara automatik memberikan wajah baik kepada imej Islam yang sememangnya "ultra manis".

KESIMPULAN DARI SAYA

MasyaAllah, hebatnya madrasah tarbiyah nabi dalam mendidik sahabat-sahabat membina keperibadian Muslim yang outstanding. Tidak hairanlah Islam dapat membarah keseluruh pelusuk dua pertiga dunia ketika itu. Kekuatan ruh, peribadi yang sohih dan dakwah efektif menjadi elemen terpenting dalam strategi menembusi pasaran hati yang haus dan dahagakan Nur Islam.

Begitu juga hadis nabi yang saya nyatakan diatas tadi. Sungguh futuristik dan praktikal sabda nabi. Kedalaman maknanya menyusup masuk kedalam sanubari sahabat-sahabat sehingga menatijahkan terbentuknya peribadi mapan dan hadirnya ibrah dan iktibar dalam merangka strategi efektif dalam menunaikan obligasi berdakwah. Sungguh benar, "kita" hari ini kena kembali pada dua khazanah yang sangat bernilai di muka bumi Allah ini. Warisan nabi ini, wajar dijadikan sumber perlembagaan diri, masyarakat dan negara selama-lamanya. Alangkah indahnya hidup berakhlakkan Quran dihiasi Sunnah Nabi.

Selasa, 7 Jun 2011

Cinta Di Waktu Dhuha

Doa Setelah Solat Dhuha

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu dan perlindungannya perlindunganMu. Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh"

Alunan Doa Setelah Solat Sunat Dhuha oleh UNIC

video

Jadi, jom sama-sama kita istiqamah solat sunat dhuha tiap-tiap hari. Tak lama. 5-7 minit sahaja. Apalah sangat jika nak dibandingkan dengan ber"facebook" berjam-jam. Dan tak susah pun. Tak cayo, meh den nak koba ha:

  1. Ambil wudhuk dipunca air mutlak berdekatan
  2. Carilah tempat yang tenang untuk solat
  3. Niat, "sahaja aku solat sunat dhuha, 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
  4. Rakaat pertama, disarankan membaca Surah Al Fatihah diikuti Surah As Shams
  5. Rakaat kedua pula, disarankan membaca Surah Al Fatihah diikuti Surah Ad Dhuha
  6. Selesai memberi salam, bertasbihlah pada Allah sebanyak yang mungkin
  7. Berdoa seperti doa yang tertera di atas
Amacam, kan den dah koba sonang. Jadi, apo tunggu laie, jom kita istiqamah. Terutamo pado yang tongah cuti sampai bulan 9 ni. Takdo alasan kato takdo maso. Kalu ado yang koba takdo maso tu, den tahu apo sobab eh. Tak lain tak bukan, membongkang sampai tongahari la tu. Udah-udah la tu jang, moh kito buek dan istiqamah bondo baik ni pulak ha. Moh kito ber"cinta" dengan Maha Pengasih pulak di pagi-pagi hari kito. Pasti "Indah Cinta Di Waktu Dhuha". Ronung-ronungkan dan selamek beramal kato orang nogori sembilan(^,-). ~allahummar zuqnal istiqamah

Khamis, 2 Jun 2011

Amalan Malam Awal Bulan Rejab - Al Fadhilatusy Sheikh Ustaz Muhadir b Haji Joll


Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan

p/s: klik "sini" untuk Risalah "Amalan Malam Awal Bulan Rejab"

Rabu, 18 Mei 2011

Jom Solat Dulu

klik pada gambar untuk imej lebih jelas

"meeting itu memang untuk merangka halatuju, tapi solat itu penentu"

Jumaat, 6 Mei 2011

Kukuh Aqidah, Sukses Harakah-2

Kesan tarbiyah bagi membentuk aqidah yang mantap dan “masak” di dalam jiwa pendokong agama Allah SWT telah menjadikan mereka senantiasa meletakkan kepentingan Islam lebih dari segalanya. Mereka sanggup mengorbankan kepentingan peribadi mereka sehingga akhirnya nyawa dan darah, mereka persembahkan kepada Allah SWT.

“AbdurRahman bin Auf pernah menginfaqkan separuh harta miliknya pada zaman Rasulullah SAW, lalu dia menambah lagi dengan 40,000 dinar, lalu ditambah lagi dengan menyerahkan 500 ekor kuda dan 500 ekor unta yang majoriti hartanya ini
diperolehi daripada hasil perdagangan”

Apa yang dapat dilihat dari sikap AbdurRahman tadi adalah natijah dari madrasah tarbiyah nabi dan keyakinan beliau kepada janji Allah SWT. Kerana itulah mereka senantiasa mengutamakan kepentingan Islam walau dengan menginfaqkan separuh dari harta mereka demi menegakkan agama Allah SWT. Kesedaran bahawa dunia adalah barang pinjaman dan amanah dari Allah adalah menjadi sebab utama mereka tidak terpengaruh dengan dunia lalu mengutamakan Islam. Kita juga sudah maklum dan mengetahui bahawa, antara penghalang utama bagi para dai’e adalah nafsu dan cinta kebendaan. Jika kedua musuh ini kita tidak dapat nak atasi dan membiarkan ianya menjadi semakin kuat, maka tersangat mudahlah bagi para dai’e akan gugur di pertengahan jalan dakwah.

Meninggalkan kebendaan bukan bermakna kita tidak perlu berharta. Bahkan Allah sangat menuntut kita agar berharta. Tambahan, dengan berharta, kita lebih mudah untuk menyebarluaskan dakwah. Jalan menuju pahala juga bertambah dengan kita berharta. Mana tidaknya. Dengan berharta, kita dapat bersedekah, kita dapat melipat gandakan syukur kita pada Allah dan bermacam-macam lagi. Sungguh, saya amat terkesan dengan pesanan lecturer Religion In Malaysia yang mengajar saya sem ini. Bagi saya, beliau mempunyai jiwa murabbiah. Beliau bukan sekadar memberi ilmu tetapi bertindak juga sebagai guider menjadi seorang muslim yang praktikal. Pesan beliau, nak jadi seorang pelajar yang cemerlang, banyakkan bersedekah. “Sedekah”lah dengan penuh jiwa dan raga. Percayalah, “pulangan”nya pasti tidak akan terkira dan terjangka dek fikiran kita. Jazakillah Miss Nur ‘Adila diatas pesanan yang sungguh mendalam dan membangun hamasah.

Baik, kembali pada tajuk. Allah SWT telah menegaskan bahawa balasan bagi mereka yang sanggup mengorbankan harta dan nyawa demi Islam adalah SYURGA. Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚفَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَ‌ٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar” Surah At Taubah - 111

Inilah yang dikejar dan ingin direbut oleh mukmin yang yakin dengan janji Allah sehingga mereka tegap bersabar ditinggal berseorangan, dipulau, dipenjara, dipisah dari anak isteri dan pelbagai penderitaan lagi. Janji Allah inilah yang menjadi penawar kepada susah payah mereka dalam menelusuri jalan dakwah.

BERILTIZAM DENGAN KERJA-KERJA ISLAM

Kata Ustaz Fathi Yakan:
“Bila saya mengaku sebagai Muslim, maka saya wajib bekerja untuk Islam. Saya patut bekerja dalam satu jamaah , bekerjasama dengan pendakwah lain yang menyeru kepada Allah dan menyuruh kepada kebaikan serta mencegah keburukan. Saya harus bekerja keras untuk mewujudkan individu Muslim, rumahtangga Muslim, masyarakat Muslim dan negara yang benar-benar Islam”
-Maza Ya’ni Intimail Islam.

Inilah resam hidup seorang pejuang. Kemana pun dia pergi, walau dimanapun dia berada, Islam akan dijunjung dan dibangun pesatkan. Dia akan beristiqamah dengan jamaah kaum Muslimin dan bermujahadah menjauhi konsep nafsih-nafsih dan bersendirian dalam melaksanakan kerja-kerja Islam. Seluruh masa dan tenaga dicurahkannya untuk menjayakan cita-cita Islam. Terutamanya dalam memastikan tertegak dan terlaksananya sebuah negara yang “benar-benar” Islam. Dia akan memastikan dirinya tidak akan ada masa terluang tanpa kerja Islam. Dia tidak akan sesekali menjadikan kerja-kerja Islam ini hanyalah sekadar kerja bertaraf, “jika ada masa”. Setiap nafasnya, degupan jantungnya, aliran darahnya dan semuanya hanyalah kerana Allah dan Islam tercinta.

Dan ketahuilah bahawa kesungguhan ini hanya ada pada pemilik hati yang mendapat hidayah dari Allah SWT dan dipilih oleh Allah SWT. Sungguh benar, hidayah itu milik Allah SWT. Kita belum tahu lagi kesudahan hidup kita bagaimana. Su’ul Khatimah ataupun Husnul Khatimah. Amalan kitalah yang akan menentukan khatimah kita.

Kita bukan yang memulakan perjuangan dan bukan kita jugalah yang paling hebat diuji dalam perjuangan. Tidak usah kita mendabik dada mengatakan aku telah berjuang sedangkan kita tidak tahan dengan celaan. Tidak usah kita mendabik dada mengatakan aku telah berjuang sedangkan kita tidak tahan ujian. Kekuatan aqidah kitalah yang menjadi pemangkin kepada jatuh bangkitnya kita.

Akhir kalam, saya yakin, jika Aqidah Kukuh, maka insyaAllah, Sukseslah Harakah. Sirah nabi telah banyak membuktikan kegemilangan Islam bermula dari keteguhan dan keutuhan aqidah. Saya juga akan tetap yakin bahawa tanpa kombinasi kesufian dalam harakah, kita tidak akan mampu mencapai ketamadunan yang ulung dan berkat. Wallaاu a’lam.

"if we study the past, it is to understand the present and
to prepare for the future"

Rabu, 4 Mei 2011

Kukuh Aqidah, Sukses Harakah-1

Rasulullah SAW memulakan kerja dakwah di Makkah dengan membina kekuatan aqidah dalam jiwa para sahabat. Kekuatan para sahabat jelas terpancar dari kekuatan aqidah yang yang dipupuk dan dibajai oleh Rasulullah SAW selama 13 tahun di Makkah. Di sinilah bermulanya pembinaan jatidiri generasi terbaik para sahabat. Benarlah sabda nabi “khairukum qarni, tsumma yali, tsumma yali, tsumma yali..

Rasulullah SAW tidak bercakap mengenai pembangunan dan tamadun sewaktu memulakan dakwah Islamiyah di Makkah. Baginda memulakannya dengan iman dan aqidah. Para sahabat diperkenalkan kepada Allah yang menciptakan mereka dan hakikat diri mereka yang diciptakan oleh Allah SWT lantas menyubur rasa bertuhan dan menyemai sifat kehambaan di dalam diri para sahabat. Kerana itulah, para sahabat bertukar sepenuhnya dari masyarakat jahiliyyah kepada masyarakat cerdik dan intelektual kearah ma’rifatullah. Maka tamadun dan peradaban datang mengikut dari belakang. Mereka pencetus tamadun yang terulung di dunia. Tiada tandingan, dan tidak tergambar kegemilangan mereka hatta dinukilkan dengan “tinta emas”.

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik" Surah Ali Imran : 110


AQIDAH TUNJANG KONTINUITI DAKWAH

Peranan terpenting aqidah ialah ketika berhadapan dengan ujian dan segala bentuk cabaran. Sedangkan ujian serta cabaran pula adalah sunnah perjuangan dalam kehidupan. Saya teringat kata-kata naqib usrah saya dahulu:

“jalan perjuangan takkan sama sekali dihampari permaidani merah, bahkan penuh sarat dengan onak duri dan cabaran”

Allah SWT pasti akan menguji hambaNYA yang beriman dengan ujian yang kadang-kalanya terasa begitu berat. Semuanya itu bertujuan bagi menguji kejujuran dan keikhlasan kita dalam berjuang. Dan yang paling penting ialah untuk menghapuskan dosa-dosa yang menjadi dinding di antara hamba dengan Allah SWT.

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم ۖ مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat” Surah Al Baqarah : 214

Dalam masyarakat manusia, para anbiya’ adalah mereka yang paling berat ujiannya dari Allah SWT kemudian diikuti dengan para salafussoleh dan yang sedarjat dengan mereka. Keikhlasan dan kejujuran mereka pasti akan diuji oleh Allah SWT. Oleh itu, menjadi tanggungjawab generasi terbaik bagi menggalas perjuangan yang suci ini. Allah SWT telah menyenaraikan 5 ciri generasi terbaik sepertimana dalam firmanNYA:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚذَ‌ٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang (1)Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah, yang (2)bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang (3)bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang (4)berjihad dijalan Allah, dan yang (5)tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah, diberikan kepada siapa yang dikehendakiNYA, dan Allah Maha Luas (pemberianNYA), lagi Maha Mengetahui” Surah Al Maidah : 54

Kelima-lima sifat di atas adalah sinar yang terbit dari aqidah yang teguh dan jitu, lebih-lebih lagi sifat yang terakhir. Para pejuang agama dan benteng Islam sepanjang zaman pasti akan berhadapan dengan celaan manusia munafik dan kafir yang membenci mereka dan tugas-tugas mereka. Golongan musuh dalam selimut ini akan sentiasa menggunakan mulut-mulut mereka untuk memadamkan cahaya agama Allah SWT. Akan tetapi yakinlah, Allah SWT pasti akan menyempurnakan cahaya agamaNYA walau dibenci oleh golongan munafiq dan kafir.

Dengan bekalan aqidah lah kita menjadi yakin dan percaya pada janji Allah SWT. Dan dengan aqidah juga, bahtera dakwah akan dapat dikemudi hingga ke matlamatnya.

Bersambung...

Jika Bukan Sekarang, Bila Lagi!!!




Sabtu, 19 Mac 2011

Kurangkan Slogan, Banyakkan Tindakan!!!

Saya banyak memerhatikan figur-figur reformis Islam yang terkemuka lantas berfikir, apakah yang menjadikan mereka begitu hebat dan disanjungi masyarakat. Jika nak dikatakan kredibiliti mereka dalam merencanakan revolusi atau berkata-kata, saya kira bukan sekadar itu. Jika nak dikatakan kewarakan mereka dalam beribadah dan beramal, juga saya kira, bukan sekadar itu. Saya yakin dan optimis, pasti ada satu kelebihan luar biasa yang sukar kita lihat dari sudut kacamata zahir sahaja.

Sedang tangan membelek-belek buku untuk mencari isi untuk kuliah yang lepas, tiba-tiba ada satu topik yang betul-betul menarik minat saya dan secara tidak sengaja telah menjawab persoalan yang bermain difikiran saya. Sungguh cantik perencanaan Allah SWT. Maka, saya teliti dan membedah topik tersebut, berpaksikan beberapa rujukan. Alhamdulillah, saya kini mampu muncul dengan satu konklusi.

APA RAHSIA MEREKA?

Mereka tidak banyak berbicara, tetapi hati mereka sentiasa bertutur dengan keikhlasan. Tangan dan kaki mereka, amal, perbuatan dan ibadah mereka, sudah cukup untuk menceritakan siapa mereka. Hassan Al Banna pernah bermadah lantas berpesan:

“biar sahaja tingkah dan amal kita menceritakan siapa kita”

sambil menambah dalam bicara yang lain, “jangan banyak berpropaganda”. Dalam kalam beliau yang lain, beliau berpesan kepada jundi-jundi Islam: “tidak sama orang yang bercakap dengan orang yang beramal”. Jundi Islam yang mendengar bicara beliau ketika itu terus terbakar semangat mereka. Semangat mereka ketika itu digambarkan seperti si pelumba lari di medan perlumbaan, berlumba merebut redha Allah. Sebab mereka yakin redha Allah bersama dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan mengurangkan propaganda dan membanyakkan tindakan.

Firman Allah SWT:

كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

“amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”

Pernah seorang ulama’ ketika mengajar kitab, meninggalkan satu bab dan terus berpindah ke bab yang lain. Setelah beberapa hari, baru disentuh bab berkenaan. Anak muridnya menjadi hairan lantas bertanya kenapa. Beliau dengan tenang menjawab: “aku tidak akan mengajar satu bab yang belum lagi aku beramal”.

Alangkah indahnya gagasan ini. Mereka tidak mahu banyak berbicara bahkan mereka lebih suka beramal dan membiarkan amal mereka menceritakan siapa mereka yang sebenarnya. Tambahan pula, mereka menjadikan ilmu sebagai wadah tazkirah untuk terus berADAB dengan ilmu. BerADAD dengan ilmu bererti kita mengamalkan segala ilmu yang kita ada. Tiada guna kita cakap berdegar-degar tapi praktikalnya, CHEROI(entah kemana).

Kelmarin, sementara menunggu papa habis waktu pejabat untuk ke kenduri saudara saya di Shah Alam, saya sempat membelek karya Ibnu ‘Ataillah, Al Hikam yang berada di dalam kereta mama memandangkan mama mengaji kitab ini dan kereta tersebutlah menjadi teman setia mama untuk ke kelas pengajian. Termaktub dalam kitab tersebut, Ibnu ‘Ataillah menceritakan bahawa amalan itu ibarat cahaya dan kebanyakan orang yang soleh itu, “cahayanya telah menyelubungi sebelum kata-katanya terpacul”. Mungkin konsep praktikal atau amal melebihi kata-kata inilah yang menjadi teras figur-figur yang saya kagumi lantas menatijahkan kalam yang terpacul dari mulut mereka menjadi penuh karisma dan terus menjadi inspirasi hatta jasad sudah tidak lagi bersama dimuka bumi.

Tidak cukup sekadar dengan kata-kata, perbuatan mereka terus-menerus juga menjadi panduan manusia sehingga hari ini. MasyaAllah, hebatnya kuasa amalan. Amalan, bicaranya dalam diam namun gelombangnya sungguh dahsyat sehinggakan memberi inspirasi kepada yang lain untuk mengambil ibrah darinya. Mungkin inilah rezeki yang Allah janjikan kepada mereka yang mati di jalan Allah SWT. Firman Allah:

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

“jangan kamu sangkakan mereka yang terkorban di jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dalam keadaan diberikan rezeki”

Bukan bermakna kita tidak boleh bercakap selepas ini. Post ini bertujuan untuk sama-sama kita sedar bahawa banyak berkata-kata kadang-kalanya mengundang murka Allah jika tidak diiringi dengan praktikalnya. Berkatalah kita dengan penuh HIKMAH. Hikmah ini pula, banyak definisi yang ulama’ kita syarahkan. Antaranya, Ibnu Abbas mendefiniskan hikmah itu adalah kata-kata yang berteraskan penghuraian dari Al Quran. Imam Malik pula mendefiniskan hikmah itu adalah kata-kata yang penuh tafakkur pada Allah SWT lantas mengamalkannya.

Ada baiknya juga kita ambil definisi Sheikh Idris Al Marbawi . Beliau mendefinisikan bahawa hikmah itu adalah kata-kata yang berisi didalamnya, makna yang halus(tidak mengguriskan mana-mana pihak) dan bersifat ilmiah yang penuh faedah. Dan Allah SWT secara umumnya menyebut, hikmah hanya diberikan kepada orang tertentu dan beruntunglah orang yang mendapatnya.

Konklusinya, dakwah dengan perbuatan lebih baik dan berbekas berbanding kata-kata. Nabi SAW ketika mengajak sahabat melakukan sesuatu, baginda melaksanakannnya terlebih dahulu. Peristiwa Ummu Salamah dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah boleh dijadikan contoh terbaik.

“orang jahil menyangka mereka diam kerana mereka mereka tidak pandai berbicara, walhal hikmah yang memaksa mereka berdiam. Dan orang yang jahil menyangka mereka banyak bercakap kerana mereka tukang celoteh, walhal nasihat kerana Allah mendesak mereka agar berbicara”

Selasa, 8 Mac 2011

Kamasalil Jasadin Wahid

Ya Allah. Baru ku tahu indahnya sebuah ikatan yang berteraskan aqidah. Ikatan yang bersama menuju kearah satu matlamat yang sama. Betapa istimewanya ikatan ini. Hari ini, masuk hari ketiga saya dirumah. Namun, jiwa ini tetap kosong tanpa sahabat-sahabat seperjuangan disisi. Demi Allah, saat daku mengimbau detik-detik suka dan duka kita bersama, mata ini tidak dapat menahan “mendung yang tiba”. Air mataku secara spontan keluar. Namun, apa yang ku harapkan, moga-moga air mata ini menjadi bukti keikhlasan dalam kita bersahabat serta berjuang.

Sahabat seperjuanganku yang dirahmati Allah,
Seketika, sebak menahan daku untuk terus menulis. Biarlah seketika gambar ini berbicara agar bisa ku kuat untuk menulis semula.

Ukhwah Fillah Abadan Abada
p/s: ni sahaja gambar yang sempat edit. bagi mereka yang tiada gambarnya disini, jangan kecil hati ye(^,-)

SAHABAT-SAHABAT, INILAH IBARATNYA KITA!!!


Dalam satu pertempuran menentang tentera Romawi, tentera Islam menghadapi kesulitan untuk menembusi benteng Romawi yang ketika itu terlalu kebal. Pelbagai percubaan telah dibuat namun tentera Islam belum berjaya menembusinya.

Akhirnya, bangkitlah Az Zubair memecahkan kebuntuan. Az Zubair menawarkan dirinya untuk memanjat tembok itu dan akan membuka pintu benteng tersebut dari dalam. Sahabat-sahabat yang lain menganggap aksi tersebut adalah aksi kematian. Sudah pasti bahaya menanti dihadapan. Namun Az Zubair tidak mempedulikannya. Beliau dengan berani menyerahkan jiwanya kepada Allah seraya mencabar siapa yang berani menuruti langkahnya.

Berbekalkan kudrat dan semangat yang membara, Az Zubair memanjat benteng tersebut. Tentera Romawi sudah siap untuk menyerang Az Zubair yang pada zahirnya telah terbuka untuk diserang secara percuma. Sahabat-sahabat yang berada dibawah tidak dapat menahan melihat Az Zubair keseorangan memanjat dan mendokong ibrah panji perjuangan Islam. Atas dasar kebersamaan dan berteraskan Ukhwah Islamiyah, sahabat-sahabat yang berada dibawah mula mengatur strategi bagi melindungi Az Zubair yang sedang memanjat.

Dengan kepakaran memanah yang dimiliki majoriti tentera Islam, Az Zubair berjaya dilindungi seterusnya, berjaya melepasi benteng tersebut. Akhirnya, pintu benteng sudah berjaya dibuka dari dalam lantas memudahkan tentera Islam untuk menyerang meraih kemenangan.

diambil dari blog Alif Azuan. Nice picture bro(^,-).

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Begitulah ibaratnya kita. Bahu-membahu, kebersamaan menjadi panduan pergerakan kita. Amal jamai'e paksi pergerakan kita. Mana mungkin semangat dan matlamat memartabatkan Islam itu hanya didokong dan direalisaikan hanya dengan wujudnya satu jasad, satu kepakaran dan satu semangat. Sewajarnya, ianya mesti berjasad-jasad dan yang paling penting jiwa kenalah BERMANGAT-MANGAT. Betul tak sahabat-sahabat(^,-)??? Huhu.

Setiap orang mempunyai kepakaran tersendiri. Salurkanlah kepakaran yang ada hanya untuk Islam yang tercinta. Biarlah tertegaknya Islam kelak, ada sumbangan yang boleh kita banggakan. Dan sebab itulah, Allah kurniakan kita kepakaran dan kemahiran. Manifestasi syukur itu, pada perbuatan dan bukan sekadar pada hati dan lisan.

Akhir kalam, diri yang dhoif ini ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri ini. Diri ini, tidak terlepas dari melakukan kesilapan hatta telah kucuba sedaya yang mungkin untuk tidak melukai hatimu. Terima kasih kerana sudi menjadi "seorang sahabat" dikala daku susah dan senang. Semoga Allah meredhai persahabatan kita. Manfaatkanlah cuti berlandaskan syariatNYA.

Jom layan lirik ni sat. Nak nyanyi pun takpe(^,-). Bila nyanyi lagu ni, sampai kat satu part, mesti akan teringat kat 'Ain Faya Faya. Nak tahu, tanya dia sendiri. Hehe(^,-).

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

p/s:oit, dah nak habis ni, baru sedar, sentimental jugak aku ni. Takpe-takpe. Sekali sekala. huhu(^,-)

TEMAN YANG PALING BAIK IALAH APABILA KAMU LIHAT WAJAHNYA TERINGAT ALLAH, APABILA MENDENGAR KATA-KATANYA MENAMBAH ILMU AGAMA DAN APABILA MELIHAT GERAK GERINYA TERINGAT MATI

Sabtu, 5 Februari 2011

Yasqut Hosni Mubarak!!! Yahya Asy Sya'ab!!!

“Yasqut Hosni Mubarak!!! Yahya Asy Sya’ab!!!”
“Turun Hosni Mubarak!!! Hidup Rakyat!!!”

Begitulah slogan yang dilaungkan dan menjadi paparan dikain rentang oleh ribuan rakyat Malaysia yang turun berdemonstrasi di Masjid As-Syakirin KLCC menghala ke Jalan Tun Razak semalam. Terasa kerugian yang teramat kerana tidak dapat bersama merasai kehangatan berdemo semalam dek kerana ada urusan keluarga di Kelantan. Pun begitu, aku mahu engkau tahu wahai demonstran-demonstran sekalian, biarpun jasadku tidak bersama kalian, akan tetapi, jiwa dan semangatku tetap satu bersama kalian. Kita sama membantah. Kita sama berjuang. Kita sama tidak bersetuju. Cuma bezanya aku dengan caraku, engkau dengan caramu. Mungkin kali ini aku tidak punya peluang menjadi demonstran sepertimu, namun aku yakin masih ada lagi peluang yang boleh ku garab lantas membuatkan daku berdiri setaraf denganmu. Tiada yang lebih dan tiada yang kurang kerana perjuangan kita hanyalah satu. Ketumbukan kita juga mesti satu dan padu.

SEKILAS ISU DI MESIR DAN TUNISIA

Seperti yang kita semua maklum, Mesir hari ini hangat dengan rusuhan demi rusuhan bagi menumbangkan kerajaan “si gila kuasa” Hosni Mubarak. Inilah yang dinamakan revolusi Mesir. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi Tunisia baru-baru ini yang dipimpin oleh Rachid Ghanouchi dan dijangka banyak negara timur tengah akan tegar menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk berdemo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu. Satu sahaja sebabnya. Sebab media Malaysia juga turut berkompromi dan mungkin juga takut dengan kecaman yang bakal berlaku apabila berita kebobrokan Hosni Mubarak ini dibocorkan. Sebab itu, diperingkat PAS sendiri mencabar agar “anak Razak” mengutuk kekejaman Hosni. Anda rasa berani tak dia? Huhu. Apa-apapun wallahu a’lam. Ini sekadar spekulasi saya sahaja. Kita tunggu dan lihat. Adakah cabaran itu berani disahut? Kembali kepada isu Mesir dan Tunisia.

Rakyat disana diuji dengan bermacam-macam ujian. Dengan huru haranya, dengan internet serta komunikasi telefon bimbit disekat, lebih kurang 5000 banduan terlepas dari penjara yang mana boleh menjejaskan keselamatan rakyat disana dan bermacam-macam lagi ujian. Memang wajar mereka berdemo. Hak asasi seperti ini tidak diberi kepada rakyat, ada hati nak memuaskan hati rakyat dengan kepimpinan anda wahai “si gi-pang(gila pangkat)”. Ya Allah, datangkanlah bantuan keatas rakyat disana Ya Allah dan moga rakyat disana tergolong dalam golongan yang berjihad menuju redhaMU Ya Allah.


Jangan takut sahabat-sahabat seperjuanganku di Mesir sekalian. Kalian lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kita berbeza sahabat-sahabat sekalian. Kita berjuang untuk menumbangkan kerajaan yang zalim. Kita bukan pak turut yang rela mendiamkan diri menjadi boneka dan mainan kerajaan.


Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?

Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956 yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Sheikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Sheikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Sheikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Sheikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.

Hosni Mubarak serta kroninya wajar kita lawan. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat. Saya kira cukup saya berbicara tentang Mesir kali ini. Dengan berbekalkan lampiran fakta sahabat saya yang telah saya edit, saya harap kalian sudah mendapat sedikit gambaran tentang peristiwa yang berlaku di Mesir.

ADUHAI NEGARAKU, MALAYSIA

Ayuh kita alih fokus kita dalam ruang lingkup Malaysia pula. Semalam kita digemparkan dengan demonstrasi yang berlaku di Masjid As Syakirin, dimana demonstrasi yang mensasarkan gabungan 2 matlamat. Pertama, menggesa supaya Hosni Mubarak turun dan yang kedua, menggesa kerajaan supaya membawa pelajar Malaysia yang berada di Mesir pulang. Sahabat-sahabat seperjuanganku di Mesir, inilah tanda keberjayaan kalian. Semangat kalian telah sampai ke sini. Dan juga, ini bukti kami bersama kalian.


Wahai pihak kerajaan, lupakan sahaja gagasan 1Malaysia mu. Kalian retorik dalam bergagasan. Di mana slogan rakyat didahulukan kebanggaan kalian. Mengapa lambat kalian mengambil tindakan? Kalian memang pelik. Mereka yang berdemo semalam menuntut perkara yang benar. Isu ini sama sahaja macam isu Palestin saya kira. Mengapa perlu dihalang? Mengapa "engkau" hantar FRU dan polis-polis untuk buat kacau sedangkan kami berhimpun secara aman. Ada juga yang ditangkap. Haish. Sah! Kalian memang pelik.

Lagi peliknya, masih ada pihak yang masih nakal mengambil kesempatan menaikkan harga minyak sedang mata rakyat bertumpu kepada isu Revolusi Mesir. Memang nakal. Hentikanlah kebobrokan yang kalian lakukan. Tidak puaskah kalian melihat ada golongan yang tertindas? Atau kalian memang seronok melihat ada yang tertindas? Sebab itu saya cadangkan, “engkau” lupakan sahaja gagasanmu. Buat sakit hati sahaja. Sudahlah. Saya sudah meluat untuk berbicara mengenai perkara ini.

Tapi buatmu pihak kerajaan, dalam daku menentang kebobrokan yang kalian lakukan, daku tidak pernah lupa mendoakan agar sama-sama kita diberi hidayah olehNYA agar kembali kelandasan yang benar lantas memacakkan Islam ditempat yang tertinggi di Malaysia, seterusnya di peringkat dunia. Sebab dalam Islam, tiada istilah penindasan. Dalam Islam juga tiada istilah kezaliman. Tetapi dalam Islam, kita berteraskan KEADILAN. Dan sebab itulah, ISLAM ITU ADIL UNTUK SEMUA.