Selasa, 7 Jun 2011

Cinta Di Waktu Dhuha

Doa Setelah Solat Dhuha

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu dan perlindungannya perlindunganMu. Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh"

Alunan Doa Setelah Solat Sunat Dhuha oleh UNIC


Jadi, jom sama-sama kita istiqamah solat sunat dhuha tiap-tiap hari. Tak lama. 5-7 minit sahaja. Apalah sangat jika nak dibandingkan dengan ber"facebook" berjam-jam. Dan tak susah pun. Tak cayo, meh den nak koba ha:

  1. Ambil wudhuk dipunca air mutlak berdekatan
  2. Carilah tempat yang tenang untuk solat
  3. Niat, "sahaja aku solat sunat dhuha, 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
  4. Rakaat pertama, disarankan membaca Surah Al Fatihah diikuti Surah As Shams
  5. Rakaat kedua pula, disarankan membaca Surah Al Fatihah diikuti Surah Ad Dhuha
  6. Selesai memberi salam, bertasbihlah pada Allah sebanyak yang mungkin
  7. Berdoa seperti doa yang tertera di atas
Amacam, kan den dah koba sonang. Jadi, apo tunggu laie, jom kita istiqamah. Terutamo pado yang tongah cuti sampai bulan 9 ni. Takdo alasan kato takdo maso. Kalu ado yang koba takdo maso tu, den tahu apo sobab eh. Tak lain tak bukan, membongkang sampai tongahari la tu. Udah-udah la tu jang, moh kito buek dan istiqamah bondo baik ni pulak ha. Moh kito ber"cinta" dengan Maha Pengasih pulak di pagi-pagi hari kito. Pasti "Indah Cinta Di Waktu Dhuha". Ronung-ronungkan dan selamek beramal kato orang nogori sembilan(^,-). ~allahummar zuqnal istiqamah

3 ulasan:

  1. assalamualaikum sahabat..entry yg ringkas tp mampu menyedarkan org lain..huhu
    susahnya nk istiqamah tp maie kte cbe.._^)

    BalasPadam
  2. Mohon share ya akhi untuk video ini. Moga Allah sentiasa memberkati kita semua. Moga istiqamah menjadi milik kita. Usahakan untuk jangan meninggalkan solat dhuha ini. InsyaAllah.

    BalasPadam