Sabtu, 19 Mac 2011

Kurangkan Slogan, Banyakkan Tindakan!!!

Saya banyak memerhatikan figur-figur reformis Islam yang terkemuka lantas berfikir, apakah yang menjadikan mereka begitu hebat dan disanjungi masyarakat. Jika nak dikatakan kredibiliti mereka dalam merencanakan revolusi atau berkata-kata, saya kira bukan sekadar itu. Jika nak dikatakan kewarakan mereka dalam beribadah dan beramal, juga saya kira, bukan sekadar itu. Saya yakin dan optimis, pasti ada satu kelebihan luar biasa yang sukar kita lihat dari sudut kacamata zahir sahaja.

Sedang tangan membelek-belek buku untuk mencari isi untuk kuliah yang lepas, tiba-tiba ada satu topik yang betul-betul menarik minat saya dan secara tidak sengaja telah menjawab persoalan yang bermain difikiran saya. Sungguh cantik perencanaan Allah SWT. Maka, saya teliti dan membedah topik tersebut, berpaksikan beberapa rujukan. Alhamdulillah, saya kini mampu muncul dengan satu konklusi.

APA RAHSIA MEREKA?

Mereka tidak banyak berbicara, tetapi hati mereka sentiasa bertutur dengan keikhlasan. Tangan dan kaki mereka, amal, perbuatan dan ibadah mereka, sudah cukup untuk menceritakan siapa mereka. Hassan Al Banna pernah bermadah lantas berpesan:

“biar sahaja tingkah dan amal kita menceritakan siapa kita”

sambil menambah dalam bicara yang lain, “jangan banyak berpropaganda”. Dalam kalam beliau yang lain, beliau berpesan kepada jundi-jundi Islam: “tidak sama orang yang bercakap dengan orang yang beramal”. Jundi Islam yang mendengar bicara beliau ketika itu terus terbakar semangat mereka. Semangat mereka ketika itu digambarkan seperti si pelumba lari di medan perlumbaan, berlumba merebut redha Allah. Sebab mereka yakin redha Allah bersama dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan mengurangkan propaganda dan membanyakkan tindakan.

Firman Allah SWT:

كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

“amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”

Pernah seorang ulama’ ketika mengajar kitab, meninggalkan satu bab dan terus berpindah ke bab yang lain. Setelah beberapa hari, baru disentuh bab berkenaan. Anak muridnya menjadi hairan lantas bertanya kenapa. Beliau dengan tenang menjawab: “aku tidak akan mengajar satu bab yang belum lagi aku beramal”.

Alangkah indahnya gagasan ini. Mereka tidak mahu banyak berbicara bahkan mereka lebih suka beramal dan membiarkan amal mereka menceritakan siapa mereka yang sebenarnya. Tambahan pula, mereka menjadikan ilmu sebagai wadah tazkirah untuk terus berADAB dengan ilmu. BerADAD dengan ilmu bererti kita mengamalkan segala ilmu yang kita ada. Tiada guna kita cakap berdegar-degar tapi praktikalnya, CHEROI(entah kemana).

Kelmarin, sementara menunggu papa habis waktu pejabat untuk ke kenduri saudara saya di Shah Alam, saya sempat membelek karya Ibnu ‘Ataillah, Al Hikam yang berada di dalam kereta mama memandangkan mama mengaji kitab ini dan kereta tersebutlah menjadi teman setia mama untuk ke kelas pengajian. Termaktub dalam kitab tersebut, Ibnu ‘Ataillah menceritakan bahawa amalan itu ibarat cahaya dan kebanyakan orang yang soleh itu, “cahayanya telah menyelubungi sebelum kata-katanya terpacul”. Mungkin konsep praktikal atau amal melebihi kata-kata inilah yang menjadi teras figur-figur yang saya kagumi lantas menatijahkan kalam yang terpacul dari mulut mereka menjadi penuh karisma dan terus menjadi inspirasi hatta jasad sudah tidak lagi bersama dimuka bumi.

Tidak cukup sekadar dengan kata-kata, perbuatan mereka terus-menerus juga menjadi panduan manusia sehingga hari ini. MasyaAllah, hebatnya kuasa amalan. Amalan, bicaranya dalam diam namun gelombangnya sungguh dahsyat sehinggakan memberi inspirasi kepada yang lain untuk mengambil ibrah darinya. Mungkin inilah rezeki yang Allah janjikan kepada mereka yang mati di jalan Allah SWT. Firman Allah:

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

“jangan kamu sangkakan mereka yang terkorban di jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dalam keadaan diberikan rezeki”

Bukan bermakna kita tidak boleh bercakap selepas ini. Post ini bertujuan untuk sama-sama kita sedar bahawa banyak berkata-kata kadang-kalanya mengundang murka Allah jika tidak diiringi dengan praktikalnya. Berkatalah kita dengan penuh HIKMAH. Hikmah ini pula, banyak definisi yang ulama’ kita syarahkan. Antaranya, Ibnu Abbas mendefiniskan hikmah itu adalah kata-kata yang berteraskan penghuraian dari Al Quran. Imam Malik pula mendefiniskan hikmah itu adalah kata-kata yang penuh tafakkur pada Allah SWT lantas mengamalkannya.

Ada baiknya juga kita ambil definisi Sheikh Idris Al Marbawi . Beliau mendefinisikan bahawa hikmah itu adalah kata-kata yang berisi didalamnya, makna yang halus(tidak mengguriskan mana-mana pihak) dan bersifat ilmiah yang penuh faedah. Dan Allah SWT secara umumnya menyebut, hikmah hanya diberikan kepada orang tertentu dan beruntunglah orang yang mendapatnya.

Konklusinya, dakwah dengan perbuatan lebih baik dan berbekas berbanding kata-kata. Nabi SAW ketika mengajak sahabat melakukan sesuatu, baginda melaksanakannnya terlebih dahulu. Peristiwa Ummu Salamah dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah boleh dijadikan contoh terbaik.

“orang jahil menyangka mereka diam kerana mereka mereka tidak pandai berbicara, walhal hikmah yang memaksa mereka berdiam. Dan orang yang jahil menyangka mereka banyak bercakap kerana mereka tukang celoteh, walhal nasihat kerana Allah mendesak mereka agar berbicara”

10 ulasan:

  1. double triple tetra like.

    p/s: buat button share FB, senang nak share nanti.

    BalasPadam
  2. maaf, macam mana nak letak ye... tak tahu ana benda2 ni...

    BalasPadam
  3. nanti ana bagi link. sonang je.

    BalasPadam
  4. “orang jahil menyangka mereka diam kerana mereka mereka tidak pandai berbicara, walhal hikmah yang memaksa mereka berdiam. Dan orang yang jahil menyangka mereka banyak bercakap kerana mereka tukang celoteh, walhal nasihat kerana Allah mendesak mereka agar berbicara”

    riwayat sape ek? saya nak copy la...

    BalasPadam
  5. to mr IQ:
    yang ana tahu, kalam tersebut adalah qaul ulama'.. maaf, ana tak pasti namanya siapa...

    BalasPadam
  6. saya sntiasa suka akn:

    "actions speak louder than words"

    yeahhh...

    p/s: yg nie smpan jdik knangan, jgn DEL duhai ustad syahmi...hahaha

    BalasPadam
  7. Salam.

    Takperlu rasanya segala perbualan disini. Tak nampak manfaatnya.
    Pesan AlMuhtaram Ustaz Muhadir, tinggalkanlah perkataan yang sia-sia dan tidak memberi manfaat. Demi kemaslahatan bersama.

    Tak nampak juga apa objektifnya. Elok dihentikan. Kalau sekadar nak jatuhkan maruah, nak rosakkan perhubungan orang, lebih baik tidak perlu.

    Wassalam.

    BalasPadam
  8. assalamualaikum..macam panas jer pebualan kat cnie..skadar dtg nk tenang2_^)

    BalasPadam
  9. salam akhi,

    nak share boleh?

    jzkk didahulukan

    BalasPadam