Ahad, 7 Mac 2010

Ku Damba Syahid Di JalanMU..

Sedang leka membelek-belek buku "Detik Itu" karangan Ustaz Malik Mazlee, saya tersentap melihat satu hadis riwayat Imam Malik yang berbunyi:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَوَفَاةً بِبَلَدِ رَسُولِكَ

"Ya Allah, aku mohon mati syahid di jalanMu dan wafat di negeri RasulMu(Madinah)"

Inilah bacaan doa Khalifah Umar bin Khattab RA, Khalifah Kedua kerajaan Islam Madinah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, sewaktu beliau sedang wukuf di Arafah. Beliau telah menceritakan hal ini kepada salah seorang sahabat di Madinah, selepas pulang dari menunaikan ibadah haji.

“Wahai Khalifah, kalau engkau hendak mati syahid, tidak mungkin di sini.. Keluarlah berjihad, baru boleh jumpa!” Komen sahabatnya itu pada Umar.

“Sekurang-kurangnya aku dah ajukan pada Allah, dan terserah pada Allah, apa yang akan berlaku!” Jawab Umar.

Esokan paginya, semasa Umar sedang mengimami solat Subuh di masjid, tiba-tiba dalam suasana kegelapan pagi itu, seorang pengkhianat Majusi bernama Abu Lu'luah telah menikam beliau dengan tiga tikaman, menyebabkan beliau tersungkur rebah ke mihrab. Abdur Rahman bin Auf cepat-cepat menggantinya, mengambil kedudukan sebagai imam itu dan terus sembahyang sehingga selesai sambil menangis. Tidak lama sesudah itu, Umar menghembuskan nafasnya terakhir. Beliau syahid di jalan Allah. Beliau wafat dalam keadaan sedang memimpin solat kaum Muslimin. Subhanallah!



Kesimpulannya, berdasarkan riwayat ini, kita dapat menyimpulkan bahawa Islam menganjurkan supaya umatnya mengharapkan ‘mati syahid’. Bahkan inilah detik yang dinanti-nantikan seperti doa para terdahulu. Bukan sekadar senjata dan panduan untuk hidup, bahkan untuk matipun! Mati yang paling mulia adalah mati syahid. Secara umumnya, ia bererti mati dalam perjuangan menegakkan agama Allah, akibat pembunuhan oleh pihak musuh kuffar di medan perang. Begitu juga Nabi SAW menyebutkan beberapa bentuk kematian yang dinilai mati syahid adalah seperti mati lemas, mati semasa mempertahankan harta dari dirampas perompak, mati kerana terkena wabak, atau juga mati bagi seorang wanita yang sedang berjuang melahirkan bayinya.

Begitu juga Asy-Syahid Abdul Aziz Ar-Rantisi, misalnya. Beliau juga merupakan salah seorang pemimpin HAMAS di Gaza, Palestin. Hanya beberapa waktu sebelum beliau wafat dalam sebuah wawancara beliau berkata…

“Setiap orang pasti menemui kematian. Kematian boleh datang dalam berbagai bentuk. Kalau aku boleh memilih, aku berharap mati syahid di jalan Allah dalam bentuk dirudal oleh helikopter Apache pasukan Yahudi Zionis Israel...”

Akhirnya memang betul, tidak berapa lama lepas itu beliau ditewaskan oleh helikopter Apache pasukan Zionis sebagaimana yang beliau sendiri cita-citakan. Syahid... Subhanallah!!!

Nabi pernah memberi tahu…

مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الشَّهَادَةَ بِصِدْقٍ بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَا

"Barangsiapa memohon dengan jujur kepada Allah agar mati syahid maka Allah akan berikan kepada beliau kedudukan syuhada walaupun beliau mati di atas katil.”

Oleh itu berdoalah kita agar direzekikan mati syahid.

ALLAHU GHOYATUNA,
ARRASUL QUDWATUNA,
AL-QURAN DUSTURUNA,
ALJIHADU SABILUNA,
ALMAUTU FI SABILILLAH ASMA AMANINA.

2 ulasan:

  1. Berperanglah pada jalan Allah, orang yang memerangi kamu (tetapi) janganlah melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas, Bunuhlah mereka di mana juga kamu temui. Usirlah dari tempat mereka mengusir kamu. Fitnah itu lebih besar bahaya daripada pembunuhan. Janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil haram sehingga mereka memerangi kamu padanya. Sekiranya mereka memerangi kamu (ditempat itu) maka perangilah mereka. Demikianlah balasan golongan orang kafir. Jika mereka berhenti (daripada memusuhi kamu dan menganut agama Islam) sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Perangilah mereka sehingga tidak ada fitnah dan agama itu hanya untuk Allah. Jika mereka berhenti (daripada memusuhi kamu) maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang yang zalim.(Peranglah mereka) Pada bulan haram (disebabkan pencabulan mereka) pada bulan haram dan setiap kehormatan (yang wajib dipertahankan) hendaklah dibalas. Sesiapa yang menceroboh kamu, hendaklah kamu balas seperti mereka mencerobohi kamu. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah bersama orang yang bertaqwa. (Al Baqarah verse 190 - 194).
    (Peranglah mereka) Pada bulan haram (disebabkan pencabulan mereka) pada bulan haram dan setiap kehormatan (yang wajib dipertahankan) hendaklah dibalas. Sesiapa yang menceroboh kamu, hendaklah kamu balas seperti mereka mencerobohi kamu. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah bersama orang yang bertaqwa.Mereka bertanya engkau tentang berperang dalam bulan haram. Katakanlah (Muhammad) : "Berperang dalam bulan itu berdosa besar. Perbuatan menghalang orang dari jalan Allah dan kufur kepadaNya , (melarang orang masuk) ke masjidil haram serta mengusir penduduknya adalah lebih dosanya di sisi Allah. Fitnah lebih besar dosanya daripada pembunuhan. Jika mereka mampu, mereka tidak akan berhenti memerangi kamu sehingga kamu berpaling daripada agama kamu. Sesiapa yang murtad daripada agamanya dan mati, dia adalah kafir. Amalan-amalan (baik) mereka musnah di dunia dan akhirat. Mereka menjadi penghuni neraka yang kekal didalamnya. Sesungguhnya orang beriman, berhijrah dan berjihad pada jalan Allah, itulah orang yang mengharap rahmat Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. (Al Baqarah verse 216-218).

    Inilah perintah Allah yang Maha Agung, hayatilah ayat ini bagi mereka yg benar2 ingin mati syahid dan mencintai Allah dan Rasul lebih dari duniawi.

    BalasPadam
  2. Pada ayat ke 216 surah Al Baqarah -Allah berfirman " Diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."

    BalasPadam